Walaupun baru berusia 8 tahun, adik Reeno Chin telah berjaya mengharumkan nama negara selepas menjuarai pertandingan matematik peringkat antarabangsa di Moscow, Rusia pada 22 Julai lalu.
Reeno pelajar darjah dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani di sini dinobatkan sebagai 'Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition' apabila menewaskan lebih 1,200 peserta dari 20 negara seluruh dunia.
Wong Pui Si, 41, ibu kanak-kanak pintar itu berkata anak bongsu daripada dua beradik itu mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun.
"Dia seperti kanak-kanak biasa yang ada masa bermain dan ada masa belajar, namun saya tidak pernah memaksa beliau membuat latihan matematik.
"Cuma saya hadkan masa untuk mereka berhibur, di rumah saya tiada televisyen hanya ada radio dan komputer atau permainan video boleh main sebulan sekali sahaja," katanya kepada pemberita ketika membuat kunjungan hormat ke pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan negeri Dr Abdul Aziz Bari, di sini, hari ini.
Menurut suri rumah itu, kejayaan Reeno yang mempertahankan gelaran 'Grand Champion' kali ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
"Ketika di Moscow beliau demam panas, muntah dan cirit-birit tetapi beliau masih mahu meneruskan pertandingan dan berjaya memenanginya selepas menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang lima minit," katanya.
Wong turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi tajaan sebanyak RM5,000 untuk perbelanjaan anaknya di Moscow.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata kerajaan negeri akan sentiasa menyokong inisiatif ibu bapa yang mahu mengetengahkan bakat anak-anak mereka dalam apa jua bidang termasuk seni dan sukan.
Pada pertemuan itu, Abdul Aziz menyerahkan insentif sebanyak RM500 kepada murid pintar terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 30 2018
![Murid darjah dua juara pertandingan matematik antarabangsa Murid darjah dua juara pertandingan matematik antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532955018_REENOCHIN.jpg)
Reeno Chin, 8, menunjukkan piala dan sijil yang dimenanginya selepas dinobatkan sebagai 'Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition' di Moscow, Rusia pada 22 Julai lalu. -Bernama
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Jemaah surau terkejut bunyi dentuman menara telekomunikasi tumbang Jemaah surau terkejut bunyi dentuman menara telekomunikasi tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645446039_menaratelekomunikas.jpg)
Jemaah surau terkejut bunyi dentuman menara telekomunikasi tumbang
Menara telekomunikasi itu tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang sekitar kawasan perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani.
![Bayi lelaki meninggal dunia selepas diambil dari taska Bayi lelaki meninggal dunia selepas diambil dari taska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61552118643_bayimeninggal.jpg)
Bayi lelaki meninggal dunia selepas diambil dari taska
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia beberapa jam selepas diambil dari taman asuhan kanak-kanak (taska) di Bandar Seri Botani, semalam.
![Murid darjah dua juara pertandingan matematik antarabangsa Murid darjah dua juara pertandingan matematik antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532955018_REENOCHIN.jpg)
Murid darjah dua juara pertandingan matematik antarabangsa
Anak bongsu daripada dua beradik itu mula menunjukkan minat mengira sejak berumur lima tahun.