Bermula 2 Mei ini, permohonan pertukaran butiran alamat pada kad pengenalan perlu disertakan dokumen sokongan seperti bil utiliti dan cukai pintu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata langkah itu bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes "50 hingga 100 orang" menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.
"Ada permohonan alamat tetapi kawasan itu adalah tanah kosong tanpa rumah. Kita tidak mahu perkara itu berulang," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2018, di sini hari ini.
Mohd Azis berkata penggunaan alamat yang tidak sahih menyukarkan urusan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam urusan daftar mengundi dan juga pengesanan individu dalam siasatan polis.
Mohd Azis berkata bagi yang menyewa, mereka perlu menyertakan dokumen perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah serta dokumen lain bagi membuktikan pemohon telah menetap di alamat baharu tersebut.
"Sekiranya pemohon tidak dapat mengemukakan dokumen sokongan, mereka hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, tuan rumah, anggota Parlimen dan majikan untuk menyokong permohonan penukaran alamat pemohon," katanya.
BACA: Kerajaan tidak iktiraf individu miliki lebih satu kewarganegaraan - Muhyiddin
Dalam pada itu, Mohd Azis berkata sebanyak 10,828 individu telah dilucutkan status kewarganegaraan sejak 1960 hingga sekarang atas pelbagai kesalahan menurut Perkara 24, 25, 26 Perlembagaan Persekutuan.
"Kerajaan mengambil tindakan pelucutan kewarganegaraan selepas mendapat bukti yang kukuh terhadap individu-individu tersebut," katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak mengiktiraf pemilikan lebih daripada satu kewarganegaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2019

Sebanyak 10,828 individu telah dilucutkan status kewarganegaraan sejak 1960 hingga sekarang atas pelbagai kesalahan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Kemas kini alamat tempat tinggal untuk elak kekeliruan di hari mengundi
Kempen untuk memberi makluman kepada rakyat tentang pelaksanaan inisiatif terbaharu dalam sistem pilihan raya perlu dipergiatkan.

Kesilapan sistem - 101 warga Singapura di luar negara tidak dapat mengundi
Kesilapan itu menyebabkan permohonan untuk mendaftar alamat kontak setempat (LCA) untuk tujuan mengundi tidak diproses.

Tukar bahagian pilihan raya ikut maklumat e-dompet tidak benar - SPR
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata SPR tidak boleh menukarkan bahagian pilihan raya mana-mana pemilih berdaftar tanpa pengetahuan pemilih berkenaan.

Mulai Mei, tukar alamat pada kad pengenalan perlu dokumen sokongan
Langkah bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes "50 hingga 100 orang" menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.