DATUK Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini berkongsi sekeping gambar kenangan beliau berbuka puasa di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Bharu yang kini dikenali dengan MRSM Pengkalan Chepa.
Dengan antara tanda pagar #ihadhair, Mukhriz menimbulkan persoalan kepada pengikutnya untuk meneka di manakah dirinya dalam kelompok enam sekawan dalam gambar berkenaan.
Gambar yang mendapat 'like' hampir 5,000 itu turut menerima ratusan ucapan selamat berpuasa dan berbuka daripada pengikutnya.
Selepas menimba ilmu di MRSM, Mukhriz menyambung pelajaran di Universiti Sophia, Tokyo pada 1982 dalam pengurusan perniagaan.
Pada 1987, beliau menerima sarjana muda dalam pemasaran dan menamatkan pengajian dari Universiti Boston.
Anak kelima bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu mula berkecimpung secara serius dalam politik selepas mendapat undian tertinggi untuk satu jawatan tertinggi dalam UMNO pada 2004 sebelum bertanding pada Pilihan Raya Umum 2008.
Beliau kemudian menjadi Menteri Besar Kedah atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2013 sebelum mengundur diri pada 2016.
Bagaimanapun pada 2018 selepas pelbagai kemelut melanda, Mukhriz kembali menjawat kerusinya sebelum ini namun bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Namun, situasi sama berulang pada 2020 dan Mukhriz mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah selepas hilang majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Beliau turut mengumumkan peralihan kuasa kerajaan negeri PH Kedah dan kedudukan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) turut gugur secara automatik.
Astro Awani
Fri Apr 16 2021
Gambar yang mendapat 'like' hampir 5,000 itu turut menerima ratusan ucapan selamat berpuasa dan berbuka daripada pengikutnya. - BERNAMA
AWANI Ringkas: Perkembangan kes bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Daim
Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
'Allahyarham Tun Daim seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
Seorang pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Khamis minggu lepas.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Mengenang Tun Daim: Tun Daim Zainuddin di mata Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah
Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah berkongsi cerita serta pengalamannya mengenali Tun Daim Zainuddin.
Mengenang Tun Daim: Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalaman bersama Tun Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalamannya bersama Tun Daim Zainuddin serta mengenang ketokohan bekas Menteri Kewangan itu.
Pemergian Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
PRK DUN Mahkota: Pejuang tak letak calon - Mukhriz Mahathir
Parti Pejuang tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (Mahkota, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
PRK Kemaman: Pejuang sahkan tidak bertanding - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRN: Pejuang masih harap dapat kerjasama dengan PN - Mukhriz
Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu tidak mahu dilihat sebagai pengacau yang memecah-belahkan undi Melayu dalam PRN.
PRN: Calon MB Kedah hanya boleh dicadangkan Setiausaha Agung Pas, PN- Sanusi
Sanusi berkata bahawa keputusan untuk menentukan calon bagi jawatan Menteri Besartidak boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti berkenaan di peringkat negeri termasuk dirinya.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
'Mukhriz minta kerusi' - Sanusi sahkan Presiden Pejuang jumpa kepimpinan tertinggi Pas
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan pertemuan antara kepimpinan tertinggi Pas dengan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru-baru ini.
'Tak patut salahkan saya letak jawatan PM' - Tun M
Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan susulan tindakannya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020 sehingga membawa kepada kemelut politik negara.
Pejuang umum berundur daripada GTA
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu secara rasmi menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).