Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden tebusan di Algeria.
"Kami berharap mereka bersabar dalam menghadapi dugaan ini," kata Muhyiddin dalam kenyataan hari Khamis.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata seorang rakyat Malaysia yang dilapor hilang semasa kejadian itu, disahkan terbunuh oleh Kedutaan Besar Malaysia di Algiers, manakala nasib seorang lagi belum diketahui.
Anifah berkata keluarga mendiang Chong telah dimaklum mengenai berita itu, dan kedutaan sedang bekerjasama dengan syarikat JGC Construction Pte Ltd dalam menguruskan proses membawa pulang mayat mendiang ke Malaysia.
Serangan militan ke atas kompleks minyak dan gas di In Amenas, Algeria itu dipercayai berpunca daripada balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya diguna pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak Islam di Mal
Bernama
Thu Jan 24 2013
![Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga tebusan Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71358652846_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga tebusan Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga tebusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/71358652846_295x200.jpg)
Muhyiddin ucap takziah kepada keluarga tebusan
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga Chong Chung Ngen, rakyat Malaysia yang terkorban dalam insiden tebusan di Algeria.
![Seorang tebusan Malaysia sah terbunuh di Algeria Seorang tebusan Malaysia sah terbunuh di Algeria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61358403873_295x200.jpg)
Seorang tebusan Malaysia sah terbunuh di Algeria
Seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa kejadian tebusan di Algeria disahkan terbunuh oleh Kedutaan Besar Malaysia di Algiers.