Malaysia berpandangan pihak berkenaan perlu mengambil kira cadangan Rusia agar Syria menyerahkan senjata kimia kepada kawalan satu badan antarabangsa sebelum melancarkan campur tangan ketenteraan di negara itu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana Malaysia bimbang operasi ketenteraan ke atas Syria akan membawa bencana lebih besar.
Katanya pandangan itu beliau kemukakan dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK) Nick Clegg.
UK katanya menyuarakan pandangan hampir sama dengan sedikit kelainan yang mungkin dipengaruhi oleh hubungan negara itu dengan Amerika Syarikat.
“Kelainannya mungkin kerana dia (UK) sudah biasa dengan hubungan dengan Amerika Syarikat, pandangan itu mungkin agak berbeza sedikit, namun apapun saya telah sebutkan… penting supaya pendekatan yang dicadangkan dalam menangani krisis di Syria dibuat dengan lebih berhemah,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas pertemuan dengan Clegg di Whitehall.
Pertemuan dengan Clegg merupakan antara atur cara hari ketiga lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke UK yang bermula Ahad lepas.
Muhyiddin berkata Malaysia amat sedih dan kecewa dengan krisis berlarutan di Syria yang mengorbankan banyak nyawa dan seboleh-bolehnya ingin melihat tiada campur tangan ketenteraan.
Katanya beliau turut meminta kerajaan British membantu dari segi sokongan pencalonan Malaysia untuk menjadi anggota organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha menyelesaikan pelbagai krisis dunia seperti anggota dilantik Majlis Keselamatan PBB, ‘International Maritime Organisation’, ‘Human Rights Commission’ dan sebagainya.
“Beliau (Clegg) menyatakan biasanya kerajaan British tidak buat kenyataan terbuka (mengenai sokongan itu), tapi saya menyatakan sokongan moral itu penting bagi kita, saya lihat beliau agak positif dari segi responsnya dan beliau juga ingin melihat bagaimana hubungan Malaysia-UK dapat diperkukuhkan lagi,” katanya.
Beliau berkata dalam pertemuannya dengan Clegg itu mereka turut menyentuh krisis di Mesir dan menurut Muhyiddin kerajaan British sentiasa berusaha membantu dalam menangani krisis di Mesir dan Syria dari segi kemanusiaan dan kebajikan.
Bernama
Tue Sep 10 2013
JKDM tumpas sindiket seludup rokok bernilai lebih RM1.7 juta
Jabatan Kastam Pahang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok bernilai lebih RM1.7 juta menerusi operasi berasingan di Pahang dan Melaka.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Dua lagi kes virus mpox berpotensi bawa maut dikesan di UK
Dua lagi kes strain virus mpox yang berpotensi membawa maut dikesan dalam kalangan kontak rapat kes pertama, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA).
Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu
Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang, menewaskan pesaingnya Robert Jenrick dengan undian 53,806 berbanding 41,388.
St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.
Kebakaran bangunan di London, lebih 100 dipindahkan, dua dimasukkan ke hospital
Lebih 100 orang dipindahkan manakala dua dibawa ke hospital selepas kebakaran melanda sebuah bangunan di Dagenham, London Timur.
100 anggota bomba tangani kebakaran bumbung di Somerset House London
Kira-kira 100 anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran di Somerset House yang bersejarah London.
UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.
Banyak negara keluar amaran keselamatan ke UK
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran keselamatan kepada warganegara mereka di United Kingdom (UK) berikutan protes dan rusuhan antipendatang yang berlarutan selama beberapa hari.
Na'imah peroleh pasport sementara ke London, Venice
Mahkamah memerintahkan Na'imah menyerahkan pasport kepada mahkamah selepas kembali ke Malaysia sebelum atau pada 27 Julai ini.
Kate Middleton sertai Trooping the Colour bersama ahli keluarga
Puteri Wales menyertai ahli keluarganya di acara perarakan tahunan tentera, Trooping the Colour pada Sabtu.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.