Mereka yang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merupakan individu yang telah terbukti cemerlang dalam bidang diceburi dan mempunyai latar belakang yang baik.
Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap mereka yang dipilih dapat memberi sumbangan dan pandangan mereka kepada parti.
Jelasnya sumbangan dan idea tokoh agama yang dipilih mampu memperkukuhkan lagi perjuangan UMNO terutamanya untuk kepentingan masa depan khususnya untuk umat Islam.
"Bagi saya bila seseorang itu dipilih untuk menganggotai MT kita melihat kepada ketokohan latar belakang bauk yang ada latar belakang agama profession kesemuanya kita nak rangkumkan supaya UMNO dilihat sebagai parti yang dinamik yang kita mahu supaya tokoh-tokoh sebegini boleh berikan sumbangan, idea mereka pandangan mereka untuk memperkokohkan perjuangan kita,” kata Muhyiddin.
“Jadi apapun perjuangan kita tu ialah ikhlas sebab itu dalam lantikan-lantikan kita lantik tokoh-tokoh agama pendakwah-pendakwah yang mempunyai pengaruh supaya mereka dapat memberikan pandangan kepada kita," tambah beliau.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang merupakan antara sembilan anggota MT UMNO yang dilantik.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata perhimpunan agung UMNO pada minggu depan akan memfokuskan kepada isu mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam.
Astro Awani
Sun Dec 01 2013


Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Pemuda UMNO akan saman Syed Saddiq - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO akan memulakan prosedur saman terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menuduh UMNO terbabit dalam kejadian serangan sekumpulan individu di Ulu Tiram, Johor malam tadi.

Penutupan KSCIP jejas hubungan Malaysia-Saudi - Asyraf Wajdi
Keputusan yang dibuat secara unilateral tanpa perbincangan dua hala dengan kerajaan Arab Saudi itu dibimbangi boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.

Rakyat pelbagai kaum diseru bersama PM Najib pertahan Palestin
Rakyat pelbagai kaum dan agama perlu bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan besar-besaran bagi mempertahankan Palestin di Masjid Putra, Putrajaya Jumaat depan.

Bersangka baik sesama Islam - Asyraf Wajdi
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kasih sayang sesama Islam adalah antara akhlak Rasulullah SAW yang paling penting yang perlu dijiwai oleh umat Islam.

Jangan politikkan pelantikan Haron Din dalam MPI - Asyraf Wajdi
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI.

Sistem kewangan Islam dipelopori UMNO bela ekonomi orang Melayu - Asyraf Wajdi
Sistem kewangan Islam bersifat menyeluruh melibatkan pelbagai komponen bagi membantu semua kelompok masyarakat, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Muhyiddin: MT UMNO individual terbukti cemerlang
Mereka yang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merupakan individu yang telah terbukti cemerlang dalam bidang diceburi dan mempunyai latar belakang yang baik.