KLANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melibatkan menantunya.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata bekas Perdana Menteri itu tidak harus berdiam diri sebaliknya perlu segera memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan memberitahu SPRM di mana kedudukan atau lokasi menantunya itu ketika ini.
"Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu ini...beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan," katanya ketika Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Meru dekat sini malam tadi.
Dilaporkan, SPRM sedang mengesan dua individu iaitu Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.
Menurut SPRM, semakan rekod oleh suruhanjaya itu juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lepas, dan setakat ini tiada rekod kedua-duanya telah kembali ke Malaysia.
BACA: SPRM kesan dua individu termasuk menantu Muhyiddin
Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membolehkan lebih banyak isu dan masalah rakyat dapat diselesaikan.
"Dalam konteks telekomunikasi misalnya, jika ada masalah, saya boleh terus bertindak mengatasinya dengan kerjasama pemain industri...landasan yang sama ini pastinya akan memberi lebih manfaat kepada rakyat," katanya.
Pengundian bagi PRN Selangor akan berlangsung serentak dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini manakala esok adalah pengundian awal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023

Fahmi berucap pada Majlis Ceramah Perdana Arus Merah Kuning N. 42 Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru di Meru, Klang, 7 Ogos 2023. -- fotoBERNAMA
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Muhyiddin dicabar dedah lokasi menantu bantu siasatan SPRM
Muhyiddin perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian.