PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King's Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Peguamnya Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi Bernama mengesahkan Peguam Diraja Steven Perian akan menyertai pasukan pembelaan Muhyiddin bersama 14 peguam termasuk dirinya.
Mereka akan tampil pada pendengaran permohonan presiden Bersatu itu untuk mendapatkan kebenaran untuk menyemak semula Keputusan Mahkamah Rayuan yang dijadualkan di hadapan panel lima hakim Selasa ini.
Peguam yang lain terdiri daripada Datuk K. Kumaraendran, Rosli Dahlan, Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Dev Kumarendran, Low Wei Loke, Kee Wei Lon, Teh See Khoon, Joshua Tay, Siti Sumaiyyah Ahmad Jaafar, Lee Yee Woei, Tang Jia Yearn, dan Nur Fatin Hafiza Hasham.
Steven kembali ke Malaysia awal tahun ini dari United Kingdom (UK) dan telah menyertai firma guaman Tetuan Rosli Dahlan Saravanan Partnership.
Beliau mempunyai lesen sebagai pengamal undang-undang di kedua-dua UK dan Malaysia yang mengecualikan beliau daripada memerlukan kebenaran untuk hadir di hadapan hakim Mahkamah Malaysia.
Peguam Diraja adalah peguam kanan atau peguam bela yang telah diiktiraf kecemerlangannya dalam advokasi di UK.
Steven dilantik sebagai Peguam Diraja pada 2016 dan terkenal dengan sumbangannya sebagai Peguam Diraja yang pakar dalam undang-undang jenayah di London. Beliau ialah Peguam Diraja Malaysia pertama yang diterima masuk ke Mahkamah Tinggi pada 2019.
Pada 27 Mac lepas Muhyiddin memfailkan permohonan supaya mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang mengembalikan empat pertuduhan berkaitan salah guna kuasa terhadapnya, selepas Mahkamah Tinggi sebelum itu melepas dan membebaskan beliau daripada pertuduhan berkenaan.
Muhyiddin, 77, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu turut berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Feb dan 16 Julai 2021 serta antara 8 Feb dan 8 Julai 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
Pasukan pembelaan Muhyiddin akan disertai Peguam Diraja Steven Perian. - Gambar fail
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AWANI Ringkas: Susulan PRK DUN Sungai Bakap
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EURO 2024: Selepas kejadian bersama Jose Mourinho, Anthony Taylor terima lagi 'serangan'
Anthony Taylor menerima penghinaan ketika di bilik persalinannya oleh barisan kejurulatihan pasukan Jerman.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berangkat tiba ke Majlis Sambutan Maal Hijrah
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Ratusan pelancong yang terkandas di Cancun berpusu-pusu ke lapangan terbang antarabangsa bandar itu pada Sabtu bagi menjadualkan semula penerbangan mereka dan pulang ke tanah air selepas Taufan Beryl melanda pantai Mexico.
Presiden baharu Iran berikrar mendengar rintihan rakyat
Presiden terpilih Iran Masoud Pezeshkian dalam ucaptamanya sebagai Presiden - berikrar akan menjadi telinga yang mendengar kata-kata rakyat.
Penduduk Gaza diserang penyakit berjangkit dan kutu
Penduduk yang berlindung di kem pelarian Deir Al-Balah berkata bahawa penyakit berjangkit dan kutu sedang merebak secara meluas disebabkan kekurangan bekalan air bersih dan bahan kebersihan diri.
334 usahawan mikro Pahang terima geran i-TEKAD berjumlah RM1.67 juta
Geran berjumlah RM1.67 juta telah dikeluarkan bagi membantu usahawan kumpulan B40 dan asnaf.
Kerajaan Madani insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Perdana Menteri menerima suara rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap susulan kekalahan calon Gabungan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung di kawasan itu, pada Sabtu.
Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja sertai pasukan pembelaan
Muhyiddin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King's Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya.
Mahkamah benar Muhyiddin dapat sementara pasport hadir graduasi cucu di London
Mahkamah membenarkan permohonan Muhyiddin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara, bagi menghadiri majlis graduasi cucunya di London.
Utamakan soal negara dan rakyat: Anwar, Muhyiddin hentikan pertikaian peribadi, kes saman fitnah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menghentikan pertikaian peribadi dan prosiding kes saman fitnah.
Penyasaran subsidi diesel: 'Adakah rakyat biasa tidak terjejas?' - Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasionalisasi penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan kerajaan.
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.
Enam Ahli Parlimen, dua ADUN Bersatu diberi notis dalam masa terdekat
Bersatu akan hantar notis kepada enam Ahli Parlimen dan dua ADUN berhubung status keahlian serta kedudukan kerusi mereka ketika ini.
Subsidi diesel: 'Sedih di hati bukan kepalang fikir kesan ke atas rakyat' - Muhyiddin
Kenaikan harga diesel sebanyak RM1.20 atau 56% berbanding sebelumnya adalah amat tinggi dan tindakan itu seolah-olah tidak mengendahkan nasib rakyat
25 Ahli Parlimen, 58 ADUN Bersatu ikrar terus setia kepada parti - Muhyiddin
Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu dibuat selaras dengan pindaan perlembagaan parti yang diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.