Barisan Nasional (BN) bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, di Kedah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Sungai Limau jika mahu menawan kerusi DUN itu.
"Jentera parti harus bersedia mulai sekarang dan kita tahu mesyuarat pertama (UMNO Kedah) semalam telah diadakan supaya menghadapi pilihan raya kecil ini...mudah-mudahan kita berjaya," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata demikian selepas perjumpaan khas bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Zon Sabah di Dewan Sa'adah, Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) di sini, Isnin.
Pada mesyuarat khas Perhubungan UMNO Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di Kedah pada Ahad, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN.
Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius pada 26 September lepas.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.
SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 3 Oktober di ibu pejabatnya untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu.
Bernama
Mon Sep 30 2013
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Tengku Zafrul sahkan dipanggil SPRM untuk bantu siasatan
Tengku Zafrul mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi SPRM untuk membantu siasatan.
MPN gesa segerakan kelulusan permohonan pekerja asing
Kementerian Sumber Manusia digesa menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan pekerja asing dalam negara.
"Saya tidak akan sekali-kali bersekongkol dengan kleptokrat" - Muhyiddin
Beliau juga tidak akan sesekali mengganggu kebebasan Badan Kehakiman apatah lagi membelakangi Perlembagaan semata-mata untuk terus kekal berkuasa.
Isu Palestin-Israel: Malaysia, Indonesia dan Brunei gesa sidang tergempar PBB diadakan
Perkara itu dicapai oleh ketiga-tiga pemimpin negarayang mahu sebuah resolusi keamanan dicapai bagi memastikan kekejaman yang menimpa rakyat Palestin ketika ini dapat dihentikan.
Perkasa pegawai, anggota PDRM dalam perundangan - Muhyiddin
PDRM harus mempertingkatkan lagi penyertaan anggota serta pegawai PDRM dalam latihan, kursus atau persidangan.
Terkilan tak dapat jabat tangan ahli Bersatu - Muhyiddin
Begitupun, Muhyiddin berkata, semua ahli harus menerima hakikat bahawa itulah norma baharu yang perlu diamalkan dalam usaha negara melawan dan membendung pandemik COVID-19.
Amalan konvensyen tidak mengikat kerajaan untuk undur diri jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Apa yang perlu dilakukan adalah Parlimen membenarkan usul undi tidak percaya dibahas di Dewan Rakyat untuk menentukan keabsahan kerajaan.
ASEAN, New Zealand perlu terus kukuhkan kerjasama perangi keganasan - Muhyiddin
ASEAN dan New Zealand perlu meneruskan usaha mengukuhkan kerjasama dan kolaborasi dalam mendepani cabaran getir pasca-pandemik, termasuk berkaitan aspek keselamatan dan keganasan.
Tiada darurat: Annuar Musa junjung kasih titah Agong
Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut menghargai keyakinan baginda terhadap keupayaan kerajaan menangani COVID-19.
'Ekonomi negara tidak begitu terkesan dengan tindakan Anwar'
Sekiranya berlaku pertukaran kerajaan sekalipun, kesannya tidak begitu ketara kepada ekonomi dan pasaran saham kerana politik Malaysia sememangnya berada dalam keadaan tidak stabil sejak setahun lalu.