Anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang meninggal dunia malam tadi diberikan kenaikan pangkat secara 'posthumous' daripada gred KB19 ke KB22 berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, kenaikan pangkat itu bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham dari segi imbuhan pencen.
"Kita berdukacita dan terharu atas pemergian Allahyarham kerana telah menunjukkan pengorbanan, keberanian ketika menjalankan tugas dengan mengetepikan keselamatan diri dan mengalami kecederaan ketika menjalankan tugasan rasmi.
"Kerajaan juga akan menyegerakan pampasan daripada caruman yang dibuat Allahyarham sebanyak lebih RM200,000 dan akan diuruskan jabatan bomba," katanya kepada pemberita selepas jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah, dekat sini hari ini.
Mohammad berkata kerajaan amat menghargai sumbangan bakti Allahyarham yang hampir empat tahun bertugas sebagai anggota bomba.
"Kita berterima kasih kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Kuala Lumpur (HKL), Institut Jantung Negara (IJN) dan doktor-doktor pakar yang bertungkus-lumus menyelamatkan Allahyarham selama tiga minggu," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Amer Yusof berkata, pihaknya akan meneliti semula secara terperinci prosedur operasi standard (SOP) JBPM semasa menghadapi situasi rusuhan.
Katanya, ia merangkumi tindakan mengenal pasti risiko yang mungkin wujud terhadap anggota bomba seperti yang berlaku ke atas Muhammad Adib.
Beliau berkata, pada masa ini JBPM memang mempunyai SOP yang diguna pakai anggotanya semasa berada di tempat rusuhan mengikut arahan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Dalam pada itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam memberikan bantuan sepanjang tempoh Muhammad Adib mendapatkan rawatan termasuk Subang Jaya Medical Centre (SJMC) dan IJN.
"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Adib dan saya berharap keluarganya diberikan kekuatan tempuh cabaran ini...Adib merupakan wira negara kita yang menabur bakti untuk negara," katanya sambil mengharapkan pelaku yang mencedera sehingga menyebabkan kematian Muhammad Adib dapat dikenakan tindakan tegas.
Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya disahkan meninggal dunia di IJN pada pukul 9.41 malam tadi. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 18 2018
Mohammad Mentek berkata, kenaikan pangkat diberikan bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham Muhammad Adib.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Kereta api bertembung trak bomba, 15 cedera
Satu kemalangan melibatkan kereta api Brightline dengan sebuah trak bomba dilaporkan berlaku di Delray Beach, Florida pada Sabtu.
Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Dua anggota bomba berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang.
Bomba Turkiye bergelut dengan kebakaran hutan di tengah-tengah angin kencang
Anggota bomba Turkiye sedang bergelut dalam memadamkan beberapa kebakaran hutan pada Ahad, dengan angin kencang menyukarkan usaha mereka.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Anggota bomba wajib pakai PFD ketika selenggara bot
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan aset bot diwajibkan memakai peranti pengapungan peribadi (PFD) berkuat kuasa serta-merta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Februari 2024.
Usaha cari anggota bomba hilang ketika selenggara bot hadapi pelbagai cabaran
Operasi dilakukan secara besar-besaran pagi ini membabitkan jarak satu kilometer ke hilir dan 500 meter ke hulu dari lokasi Mohd Izwan Illias, 42, dilaporkan hilang semalam.
Kereta jatuh bangunan, pemandu nyaris maut
Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan dekat Setia Alam di sini pada Sabtu.
Tiga helikopter bantu operasi menyelamat mangsa banjir Pantai Timur - KP JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyediakan tiga helikopter untuk membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Pantai Timur susulan keadaan banjir yang semakin buruk.
Anggota bomba, pengawal keselamatan maut nahas jalan raya
Kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang anggota bomba terbabit dan basikal.