Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul pernah berkongsi kisah beliau bertemu dengan seorang pramugari Malaysian Arlines System Bhd yang terpaksa menghidangkan minuman keras kepada penumpang walaupun ia bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Menurut Asri, beliau amat simpati dengan luahan pramugari berkenaan yang terpaksa mematuhi peraturan yang bertentang dengan ajaran Islam untuk menyara kehidupannya.
“Dalam penerbangan MAS malam ini, seorang pramugari datang mengadu dan menangis di hadapan saya mengenai nasibnya. Jiwanya menderita kerana terpaksa menghidangkan arak dan tidak dibenarkan memakai tudung.
“Dia bekerja untuk menyara anak-anaknya. Ini bukan kali pertama saya mendengar aduan seperti ini.”
Tambah Asri, perkara ini amat menyedihkan lebih-lebih lagi MAS merupakan sebuah syarikat penerbangan negara yang majoriti penduduknya Islam.
Mufti Perlis itu turut mempersoal kewajaran MAS menawarkan minuman keras apabila kebanyakan penerbangan lain tidak mengamalkan kemudahan itu.
“Bahkan MAS tidak wajar menghidangkan arak. Banyak penerbangan yang tidak menghidangkan arak, mengapa perlu kita menghidangkannya?!” soal Asri.
Malah, beliau turut menggesa rakyat Malaysia untuk memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai pramugari MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi syarat pakaian muslimah serta tidak ditugaskan untuk menghidang minuman keras.
“Saya dengan ini, mengajak rakyat Malaysia memohon kepada pihak kerajaan agar wanita muslimah yang bertugas sebagai stewardess MAS diberikan keizinan untuk memakai pakaian yang memenuhi sifat pakaian seorang wanita muslimah.”
Kohilah Sekaran
Sat Jan 02 2016
Baru-baru ini Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul berkongsi kisah beliau bertemu dengan seorang pramugari Malaysian Arlines System Bhd yang terpaksa menghidangkan minuman keras kepada penumpang walaupun ia bertentang dengan ajaran agama Islam.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Malaysia Airlines sambut baik perubahan caj lapangan terbang
Awal tahun depan, caj lapangan terbang Kuala Lumpur akan menjadi sama untuk penerbangan domestik dan ASEAN dan pihak berkuasa merancang untuk penyamaan sepenuhnya menjelang 1 Januari 2018.
Pencarian MH370 ditamatkan di luar pantai Australia Barat Julai ini
ATSB yang mengetuai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi, mengesahkan operasi di luar pantai Australia Barat akan dihentikan Julai ini.
MAB jangka faktor muatan kelas pertama melebihi 70 peratus
Malaysia Airlines Berhad (MAB) menjangkakan faktor muatan kelas perniagaan melebihi 70 peratus dengan menaik taraf kelas perniagaan pesawat A330-300.
Mufti Perlis gesa rakyat mohon MAS beri hak kepada pramugari muslimah
Baru-baru ini Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul berkongsi kisah beliau bertemu dengan seorang pramugari Malaysian Arlines System Bhd yang terpaksa menghidangkan minuman keras kepada penumpang.
FBI akan kerah ejen dan pakar teknikal bantu siasatan kehilangan pesawat MH370
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya membantu siasatan dalam kehilangan pesawat MH370.