SHAH ALAM: Mufti mencadangkan agar Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) mengadakan satu mesyuarat bagi memperhalusi isu berhubung trend pengamal perubatan Islam secara dalam talian.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, ia supaya dapat ditetapkan hukum berkenaan perkara tersebut dan diselaraskan di seluruh negara agar tidak disalahgunakan sesetengah pihak.
“Isu ini melibatkan negara keseluruhannya. Ia merupakan isu nasional. Maka Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bermusyawarah untuk membuat keputusan bersama. Kena selaras.
“Tidak mahu ada negeri buat keputusan boleh, ada negeri lain pula nanti mencegah. Ini menyebabkan ada daripada mereka nanti menipu dengan pergi ke negeri-negeri yang boleh untuk meneruskan rawatan.
“Sebab itu perlu kepada penyelarasan tadi. Jadi, secara umumnya, saya menyokong agar kita buat keputusan bersama untuk mencegah penyebaran rawatan-rawatan yang palsu melalui dalam talian,” katanya kepada Sinar Harian.
Pada Khamis, Tinjauan Sinar Harian mendapati perkhidmatan perubatan yang menggunakan media sosial bagi melakukan kaedah rawatan imbas pesakit dari jarak jauh semakin mendapat permintaan daripada orang ramai.
Tinjauan melalui platform media sosial seperti Facebook dan TikTok mendapati kebanyakan perkongsian mengenai langkah perubatan itu meliputi ilmu perlindungan serta kaedah rawatan daripada sihir, saka, santau dan gangguan jin.
Oleh yang demikian, agamawan menzahirkan kebimbangan terhadap trend pengamal perubatan menggunakan nama Islam mempertontonkan proses rawatan secara langsung atau menerusi rakaman video di media sosial yang semakin berleluasa termasuk memaparkan adegan memanggil jin.
Menurut pendakwah, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, sekiranya trend baharu itu tidak dikawal ia dikhuatiri mencemarkan agama apabila kaedah rawatan itu disalah tafsir oleh masyarakat umum.
Mengulas mengenai hukum tersebut, Wan Salim berkata, ia bergantung kepada rawatan yang diberikan itu mengikut kaedah Islam atau sebaliknya.
“Sama ada ia melalui al-Quran, hadis yang sahih ataupun ambil doa daripada yang diwarisi nabi, itu tiada masalah.
"Tetapi kalau didapati bahawa rawatan ini merupakan rawatan palsu, tiada asal usul agama dan dinamakan sebagai rawatan Islam, maka itu kita tidak boleh terima,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan agar orang ramai perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada autoriti terlebih dahulu sebelum meneruskan perubatan secara dalam talian tersebut.
“Disebabkan mereka tidak ada maklumat yang tepat, mereka tidak dapat atau sukar untuk membezakan perubatan Islam yang tulen dengan yang palsu.
"Jadi, kita minta kalau mereka dapati kalau ada iklan perubatan dan rawatan Islam, jangan terima bulat-bulat.
“Kena rujuk kepada mereka yang dipercayai terlebih dahulu. Tanya kesahihan kepada orang yang kita boleh percaya dari segi ilmu dan juga akhlaknya,” ujar beliau.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 18 2022

WAN SALIM: Saya menyokong agar kita buat keputusan bersama untuk mencegah penyebaran rawatan-rawatan yang palsu melalui dalam talian. -Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula
Ajaran The Ahmadi cuba disebarkan semula walaupun telah lama difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama Islam di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri.

Rapatkan saf ketika solat jemaah dituntut dalam Islam
Katanya, kejahilan sering merugikan dan oleh itu, Islam amat menggalakkan umatnya menuntut ilmu secara berterusan sehingga ke liang lahad.

Semua pihak harus sokong titah Sultan Pahang, jaga kesucian masjid - Mufti Pulau Pinang
Semua pihak harus menyokong titah Sultan Pahang Al-Sultan yang mengingatkan supaya masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik.

Ramadan: Pembaziran sempitkan peluang pembangunan rohani - Mufti
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, budaya negatif itu bercanggah dengan tujuan unggul di sebalik kefarduan ibadat puasa iaitu untuk menyuburkan rohani seorang Muslim.

Penubuhan JPSM perkembangan positif - Mufti P.Pinang
Wan Salim berkata penubuhannya dilihat akan dapat menamatkan pertindihan kuasa antara Jabatan Agama Islam dan Mahkamah Syariah.

Air kumbahan telah dirawat suci untuk digunakan - Mufti
Katanya, keputusan dibuat pada 7 Nov 2008 berhubung kes pengurusan air sisa buangan dari pusat penyembelihan ternakan Sungai Pinang.

Mufti nasihat Siti Nurhaliza tunda tarikh konsert menjelang Ramadan
Konsert Siti dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac dan bulan puasa pada tahun ini dijangka jatuh pada 12 Mac 2024.

Jangan hanya fikir keuntungan politik - Mufti
Ahli politik perlu utamakan usaha memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk bukan Islam tentang maksud sebenar ayat al-Quran.

Umat Islam perlu berhati-hati pilih makanan, minuman - Mufti
Mufti Pulau Pinang berkata, Islam melarang penganutnya meminum minuman memabukkan dan makanan tidak halal.

Wakil rakyat menang PRN henti politik, jalankan kerja - Mufti Pulau Pinang
Mereka yang telah menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini perlu berhenti berpolitik dan meneruskan segala usaha untuk membangunkan negara bagi memenuhi keperluan hidup rakyat.