KOTA BHARU: Seorang mudir sekolah pondok ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, Selasa lalu.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Nor Faezah Abdullah di sini hari ini.
Lelaki berusia 33 tahun yang juga seorang penceramah bebas itu direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat ketika dihubungi berkata lelaki terbabit ditahan pada jam 1 pagi tadi di sebuah rumah di Machang.
Penahanan itu susulan laporan yang dibuat oleh seorang mangsa iaitu remaja lelaki berusia 13 tahun yang mendakwa suspek melakukan amang seksual terhadapnya di sebuah rumah di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah, 8 pagi, Selasa lalu.
Mangsa mendakwa diminta mengurut badan lelaki itu di ruang tamu sebelum mengajak mangsa masuk ke dalam bilik. Suspek kemudiannya dikatakan telah melakukan amang seksual terhadapnya.
Susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis pada jam 10.44 malam semalam sebelum suspek ditahan.
Muhafandi Muhamad
Fri Aug 06 2021
Lelaki berusia 33 tahun itu (kiri) direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. - Foto Astro AWANI
Cabaran dalam menggubal ‘Lemon Law’ antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Cabaran dalam menggubal undang-undang 'Lemon Law' bagi melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir
Kerajaan Sabah mengambil langkah jangka pendek dan panjang untuk mengurangkan kesan segera dan mengelakkan kerosakan lebih teruk akibat banjir yang sedang melanda negeri itu.
Hukuman Trump ditangguhkan ke 18 September
Hukuman ke atas Trump berkaitan wang tutup mulut ditangguhkan, memberi peluang berhujah beliau kebal pendakwaan. Hukuman akan diputuskan di tengah kempen pilihan raya.
Arahan pemindahan terbesar di Gaza oleh Israel
PBB lapor arahan pemindahan Israel di Khan Younis dan Rafah melibatkan 250,000 penduduk, tingkatkan penderitaan awam dan keperluan kemanusiaan.
Perang Gaza cipta pusaran penderitaan manusia
Sigrid Kaag dari PBB nyatakan keruntuhan sistem kesihatan dan pendidikan di Gaza akibat perang, menambah penderitaan penduduk awam.
BWF semak semula protokol kecemasan susulan kematian pemain
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menyemak semula protokol tindak balas kecemasannya susulan kematian pemain muda China, Zhang Zhi Jie selepas rebah di gelanggang semasa Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, Ahad lepas.
Lebih 100 terbunuh di India dalam rempuhan keagamaan
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan semasa satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Selasa.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat daerah.
Kempen Biden catat rekod kutip AS$38 juta dalam 4 hari selepas debat - Laporan
Kempen pemilihan semula Presiden AS, Joe Biden catat rekod dengan mengumpulkan AS$38 juta (RM180 juta) dalam empat hari sejak debat presiden pertama.
Kerajaan setuju cadangan tempoh kelulusan pajakan melombong
Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) hari ini bersetuju dengan cadangan tempoh minimum kelulusan pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya di bawah Enakmen atau Ordinan Mineral Negeri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Mudir direman disyaki lakukan amang seksual terhadap remaja
Seorang mudir pondok direman enam hari bagi membantu siasatan mengenai kes amang seksual terhadap seorang remaja lelaki, Selasa lepas.