Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meminta semua pihak agar berhenti mengecam tindakan Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat yang berpakaian seperti wanita, ketika berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Sebaliknya, Mohd Asri meminta agar usahawan kosmetik itu didoakan supaya berubah ke arah yang lebih baik.
Sungguh pun tidak memahami tindakan Sajat yang mengenakan telekung serta berada di ruang solat untuk wanita, Mohd Asri tetap berharap Sajat kembali ke pangkal jalan.
“Kita kena nasihatkan dia, dalam masa yang sama saya tak setuju orang menyebut dia dilaknat kerana agama tidak melaknat secara personal (peribadi), hanya laknat jenis.
BACA: Isu Sajat tunai umrah, pemilik agensi pelancongan mengadap menteri
BACA: Kerajaan kesal Sajat bertelekung di Tanah Suci: Mujahid
"Maksudnya orang yang minum arak dia (agama) laknat, orang yang lelaki menyerupai perempuan dia laknat tetapi secara individu tu dia tak taksebut.
"Jenis sahaja, (secara) individu tu mungkin ada keuzuran dia yang tersendiri, perkara-perkara yang kita tidak tahu ada kejahilan dan seumpamanya. Apa pun kita nasihatkannya. Kita beritahu itu sesuatu yang salah dan dia perlu berubah," katanya kepada media, selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Pusat Dialisis Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyempurnakan majlis perasmian berkenaan.
Menurut MAIPS, bangunan yang bernilai RM6 juta itu menyediakan perkhidmatan rawatan dialysis kedua kepada pesakit buah pinggang selepas pusat rawatan dialysis sedia ada di HTF.
Sementara itu, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Sajat tidak lama lagi.
Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh berkata, beliau sudah menghubungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berhubung isu itu yang kini mendapat perhatian seluruh masyarakat Islam di negara ini.
Berhubung isu kekeliruan jantina, kata Fuziah, fatwa yang dikeluarkan sebelum ini jelas menggariskan seandainya seseorang individu itu khunsa, dia boleh memilih untuk menjadi lelaki atau perempuan.
Bagaimanapun, khunsa, jelas Fuziah, tidak boleh beralih untuk menjadi lelaki atau perempuan mengikut masa-masa tertentu.
Dalam masa sama, beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sebelum ini pernah menawarkan diri untuk membuat ujian kajian hormon.
"Jadi kalau ada kajian hormon itu kita boleh bantu daripada kajian tersebut. Kalau dia lebih cenderung (personaliti) kepada perempuan, Jakim boleh bantu .
"Kalau kelahiran dia itu tidak jelas lelaki atau lebih perempuan, Jakim boleh mengesahkan tapi kita (Jakim) tidak mendapat kerjasama daripada Sajat sendiri," jelas Fuziah lagi.
Kontroversi Sajat tercetus apabila usahawan kosmetik itu memuat naik hantaran di laman sosial peribadinya mengenakan telekung dan berpenampilan wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.
Ekoran itu, sebilangan masyarakat mengkritik tindakannya yang disifatkan tidak wajar memandangkan secara fitrahnya dia pernah mengakui dilahirkan sebagai lelaki.
Bahkan, agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan Sajat dan rombongannya ke Mekah dan Madinah juga mengakui, pada visa perjalanan Sajat tertera jantinanya sebagai lelaki.
Isu itu menjadi perdebatan panjang di laman sosial sehingga mengundang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyampaikan kekesalan kerajaan kerana tindakan Sajat itu boleh menjejaskan imej dan nama baik Malaysia.
Salim Aziz
Mon Feb 03 2020

Mohd Asri meminta agar usahawan kosmetik itu didoakan supaya berubah ke arah yang lebih baik. - Gambar fail

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

"Mudah-mudahan dia berubah" - Mufti Perlis minta doakan Sajat, gesa henti mengecam
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, meminta semua pihak agar berhenti mengecam tindakan Sajat yang berpakaian seperti wanita ketika menunaikan umrah.