KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan individu yang dikenali sebagai "Mr H" berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai diambil keterangan pada hari ini.
Tanpa mendedahkan masa dan tempat "Mr H" dipanggil, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata individu berkenaan hadir sejak pagi tadi.
Selain itu, beliau juga meminta Penolong Pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani digesa tampil membantu siasatan dan membuat laporan polis berhubung kes itu.
Razarudin berkata demikian selepas ditemui pemberita di Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras, di sini hari ini.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kes gangguan seksual melibatkan ketua pengarah sebuah agensi keselamatan, Razarudin berkata polis telah selesai mengambil keterangan daripada pegawai kanan penguat kuasa yang terlibat.
"Akan ada dua atau tiga lagi saksi yang akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes ini," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial paparan laporan polis seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.
Wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu mendakwa pertemuannya dengan individu terbabit pada November lepas adalah berkaitan cadangan pelaburan dan kewangan.
Sejak pertemuan kali pertama itu, individu terbabit didakwa telah mengganggu mangsa menerusi perbualan dan kandungan gambar serta video lucah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Tanpa mendedahkan masa dan tempat "Mr H" dipanggil, Razarudin berkata individu berkenaan hadir sejak pagi tadi. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.

Calon KP J-Kom bakal diumum, struktur akan dirombak - Fahmi
Nama calon tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet dan pada masa yang sama kementerian itu dalam proses merombak struktur J-Kom.

Wahab sahkan identiti 'Mr H' kepada polis - Peguam
Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengupahnya merakam video adalah individu sama.

Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.

'Mr H' selesai beri keterangan - KPN
Polis mengesahkan individu yang dikenali sebagai "Mr H" berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai diambil keterangan hari ini.

"Mr H" tidak hadir beri keterangan kerana tidak sihat - KPN
Proses mengambil keterangan "Mr H" berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr

Video tular: Mohammad Agus dedah identiti 'Mr H'
Identiti "Mr H" yang didakwa terkait dengan video tular berkaitan dengan perbualan jelik telah didedahkan kepada pihak polis.

Bekas Ketua Pengarah J-KOM dipanggil hari ini di IPD Kajang - KPN
Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Belum ada laporan polis dari Wahab - PDRM
Polis belum menerima sebarang laporan dari Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berhubung dakwaan rakaman video perbualan tular.

Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil sekali lagi untuk dirakam keterangan pada Isnin.