SELAYANG: Pemilik sebuah rumah di Taman Sri Gombak dekat sini terpaksa menanggung akibat ekoran tidak mengikut piawaian dalam pembinaan struktur tambahan yang memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ia selepas struktur tambahan yang dibina pemilik rumah terbabit terpaksa dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas dibina di atas longkang tanpa mendapat sebarang kelulusan PBT.
MPS dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, tindakan penguatkuasaan itu diambil selepas notis kesalahan di bawah Seksyen 70 (11) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 dikeluarkan terhadap pemilik rumah terbabit.
"Aduan diterima melalui sistem aduan STARS dan lawatan tapak kali pertama telah dilakukan dan hasil siasatan mendapati terdapat tambahan pada rumah di atas longkang sedia ada di tapak.
"Semakan di tapak juga mendapati tiada sebarang kelulusan bagi tambahan tersebut sebelum jabatan melaksanakan operasi perobohan dengan kaedah manual dan tiada sebarang provokasi," menurut hantaran itu pada Sabtu.
Operasi dilaksanakan pada Khamis itu melibatkan Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak serta wakil pihak Polis Diraja Malaysia bermula jam 9.45 lagi.
"Tindakan perobohan bagi struktur bangunan tanpa kebenaran itu berjalan lancar dan tamat pada jam 10.15 pagi," menurut hantaran itu lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 21 2024

Tindakan perobohan bagi struktur bangunan tanpa kebenaran itu berjalan lancar dan tamat pada jam 10.15 pagi. - Foto Sinar Harian
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

MPS roboh struktur tambahan tanpa kebenaran
Struktur tambahan terpaksa dirobohkan kerana ia dibina di atas longkang tanpa mendapat sebarang kelulusan PBT.

Peniaga bazar Ramadan di Selayang diberi notis
Notis yang dikeluar melibatkan kesalahan peniaga tidak mendapatkan suntikan typhoid dan tiada kursus pengendalian makanan seperti yang disyaratkan kepada peniaga makanan.

Stadium Selayang ditutup sementara bagi naik taraf lampu limpah
Penutupan dalam tempoh lima bulan bermula 1 Julai sehingga 7 Disember depan.

MPS beli minyak masak terpakai RM1.50 sekilogram
Program tersebut dilaksanakan sepanjang Ramadan di bazar terpilih melalui pembukaan reruai kitar semula MPS.

12 tab mandi di Kolam Air Panas Selayang diroboh
Aktiviti itu terbongkar hasil aduan awam dan Ahli Majlis MPS selepas pembinaan dilakukan dalam kawasan di bawah pentadbiran MPS dibuat tanpa sebarang permohonan.

10 individu ditahan ugut pegawai kanan MPS
Mereka bertindak menyimbah cat merah dan membakar mercun di rumah pengarah terbabit dalam dua kejadian pada 28 April dan 13 Mei lalu.

MPS: Kereta kabel tidak sesuai dibina di Batu Caves
Kemudahan kereta kabel yang sepatutnya siap dibina di Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves pada bulan ini, didapati tidak sesuai dibina di kawasan tersebut.