KUALA LUMPUR : Selepas hampir dua tahun tidak dianjurkan akibat pandemik COVID-19, Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2021, edisi ke-13 kini kembali dianjurkan oleh Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) baru-baru ini sebagai acara ‘hybrid’ buat pertama kali.
Industri Perhubungan Awam yang secara tradisinya didominasi oleh syarikat multinasional dan syarikat bukan Bumiputera, menyaksikan bzBee Consult Sdn Bhd (bzBee), sebagai satu-satunya syarikat Bumiputera yang bersaing pada malam itu, merangkul empat anugerah.
Sebagai ahli EXCO baharu PRCA, BzBee juga telah dipertanggungjawab sebagai penganjur bersama malam penganugerahan MPRA2021.
Penganugerahan itu merupakan detik membanggakan bagi bzBee apabila mereka memenangi dua Anugerah Emas, pertamanya untuk kategori Komunikasi Isu dan Krisis dengan kempen “Skim Pajakan Persendirian: Sebagai Alternatif dalam Pembangunan Hartanah – Baik atau Buruk?” dan kedua, untuk kategori Hal Ehwal Awam bagi CENDANA, dengan kempen “Membantu Industri Seni dan Budaya Akibat Impak Pandemik”.
BzBee juga menerima Anugerah Perak untuk Kempen “Pandemic Pivot” atau “Komunikasi COVID-19” Terbaik – “Memposisi Pelancongan Sarawak: 'Ke Sana Ke Sini' – Penyesuaian Menghadapi COVID-19” dan Anugerah Gangsa untuk Kategori Agensi Terbaik dalam Mengadaptasi Cabaran COVID-19 – “Mengukuhkan Semangat Ukhwah Fillah - Pendekatan Komuniti dalam Adaptasi”.
Menurut Profesor Mohd Said Bani C.M. Din, Pengasas dan Pengarah Urusan bzBee, “MPRA kini semakin mendapat pengiktirafan daripada lebih banyak organisasi dari sektor swasta mahupun awam. Sokongan padu yang kami terima daripada penaja pada tahun ini jelas mencerminkan pengikhtirafan ini, terutamanya daripada Iskandar Investment Berhad, AgroBank dan Telum Media masing-masing sebagai penaja Platinum, Emas dan Gangsa.
"Saya benar-benar berharap organisasi ini akan terus memberi sokongan kepada profesion dan industri perhubungan awam. Saya juga berharap lebih banyak syarikat Bumiputera akan dapat diketengahkan dan mencapai kejayaan dalam industri ini.”
MPRA 2021 turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang telah menerima “Anugerah Kepimpinan PRCA Malaysia” sebagai penghormatan dan pengiktirafan sumbangan dan peranan beliau yang amat proaktif, dalam komunikasi pandemik COVID-19.
MPRA 2021 juga menyaksikan, penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dan Ratu
Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid yang turut memberi sokongan kepada pengamal industri perhubungan awam melalui rakaman video.
Datuk Sri Siti Nurhaliza berkongsi: “Pengamal industri yang terbaik mesti diiktiraf atas prestasi dan pencapaian mereka. Sumbangan mereka memberi inspirasi dan pencerahan kepada masyarakat. Mereka memastikan naratif yang betul dan tepat dikongsi dan mereka juga mempengaruhi persepsi dalam era yang serba mencabar ini.”
Datuk Sheila Majid pula berkata: “Perhubungan Awam amat penting bagi industri hiburan. Saya amat berbesar hati kerana PRCA Malaysia telah mengambil langkah untuk mengiktiraf, menghargai dan memberi penghormatan kepada yang terbaik dalam industri, melalui MPRA2021 ini.”
MPRA2021 ini menyaksikan saingan yang hebat diantara pengamal industri dengan finalis berkualiti tinggi di antara pengamal perhubungan awam terkemuka di Malaysia. Walaupun saingan sengit, kempen bzBee telah menarik perhatian panel hakim yang berpengalaman termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad; Pengarang Kumpulan New Straits Times, Ahmad Lokman Mansor; Usahawan, Personaliti TV dan pengacara Leader Speakeasy di Astro Awani, Rozina Aziz; Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai; Pengarang Urusan The
Vibes dan Ketua Pengarang Petra News, Terence Fernandez; dan Pengarah Urusan Klareco Communications, Dau Ming Seling.
Malam Penganugerahan MPRA 2021 telah dianjurkan dengan mematuhi SOP yang ketat. Acara utama melibatkan hanya 40 tetamu termasuk ahli exco PRCA, tetamu kehormat dan penaja.
Lebih 100 pengamal industri turut menyertai dan meraikan acara tersebut secara maya.
Kenyataan Media
Tue Dec 21 2021
MPRA kini semakin mendapat pengiktirafan daripada lebih banyak organisasi dari sektor swasta mahupun awam.
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
MPRA 2021: bzBee Consult raih empat anugerah
14 anugerah emas, 15 perak dan 11 gangsa dianugerahkan kepada 18 organisasi.