KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) akan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk menambah baik sektor pelabuhan bagi memastikan kelancaran proses logistik tidak terjejas, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut beliau, selari dengan kapasiti pelabuhan yang semakin meningkat, jaringan infrastruktur di kawasan pelabuhan juga perlu dipertingkatkan.
Beliau berkata, konflik Rusia-Ukraine dan penutupan sektor ekonomi negara Cina yang menjejaskan bekalan rantaian global turut mengakibatkan berlakunya penyusutan dalam sektor itu, baru-baru ini.
"Pada Mac lalu, berlaku penyusutan sehingga 11.9 peratus bagi pengendalian kontena manakala jumlah kargo (8.7 peratus) berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
"Mesyuarat MPN akan membincangkan serta mengemukakan syor penambahbaikan kepada kerajaan.
"Sektor ini perlu diberi perhatian serius memandangkan 90 peratus kargo Malaysia dikendalikan melalui sektor perkapalan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Klang, Selangor bagi melihat situasi pemulihan sektor logistik pasca pandemik COVID-19.
Lawatan itu turut disertai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sektor itu perlu diperkukuh bukan sahaja untuk memastikan kedudukan Malaysia untuk kekal berdaya saing di peringkat perdagangan antarabangsa, tetapi juga kerana sektor logistik mempunyai peluang untuk berkembang maju dan memberi manfaat besar kepada ekonomi negara termasuk segi menyediakan peluang pekerjaan.
"Dengan langkah-langkah yang strategik dan kerjasama padu antara kerajaan dan pihak swasta, saya optimistik bahawa sektor ini bukan sahaja akan terus pulih, tetapi akan berkembang pesat dan mengatasi pencapaian pra-pandemik dengan cemerlang, insya-Allah," ujarnya.
Umavathi Ramayah
Fri Jul 15 2022
![MPN bincang, kemuka syor tambah baik sektor pelabuhan - Muhyiddin MPN bincang, kemuka syor tambah baik sektor pelabuhan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657876316_MuhyiddinlawatKla.jpg)
Muhyiddin Yassin berkata, selari dengan kapasiti pelabuhan yang semakin meningkat, jaringan infrastruktur di kawasan pelabuhan juga perlu dipertingkatkan. - Gambar MPN
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![MPN bincang, kemuka syor tambah baik sektor pelabuhan - Muhyiddin MPN bincang, kemuka syor tambah baik sektor pelabuhan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657876316_MuhyiddinlawatKla.jpg)
MPN bincang, kemuka syor tambah baik sektor pelabuhan - Muhyiddin
MPN akan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk menambah baik sektor pelabuhan bagi memastikan kelancaran proses logistik tidak terjejas, kata Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.