KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB BRI) menangguhkan serta-merta tindakan kunci tayar kenderaan yang diparkir dalam petak parkir kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
Yang di-Pertua MPKB BRI, Rosnazli Amin berkata berkuat kuasa hari ini, tindakan kunci tayar di bawah Perintah 17 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) (Majlis Perbandaran Kota Bharu) 2000 akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang diberitahu kelak.
Rosnazli berkata demikian melalui satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.
Keputusan ini dibuat kerana akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang sebulat suara memutuskan bahawa undang-undang kunci tayar MPKB adalah tidak sah kerana bertentangan (ultra-vires) dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Dalam penghakiman yang dibacakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hashim Hamzah, mendapati bahawa Perintah 17, Perintah Pengangkutan Jalan (LKB) (MPKB) 2000 adalah ultra-vires dengan seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah walau bagaimanapun memutuskan bahawa Perintah 8 di bawah Perintah yang sama masih sah dan MPKB masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan letak kereta.
Dengan keputusan itu, pihak MPKB BRI tidak lagi boleh mengunci tayar kereta yang diletakkan di dalam petak letak kereta dan hanya boleh mengenakan kompaun sahaja.
Kes berkenaan dibawa oleh perayu Nursyafawati Kasim yang diwakili oleh peguam diketuai oleh Hisham Fauzi dan dibantu oleh Ang Khai Wei, Majdah Muhammad dan Haziratul Aqilah Huzailing.
MPKB pula diwakili peguam Marwalis Adam dan dibantu oleh Shaharuddin Mohamed.
Turut bersidang ialah dua lagi hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Karim Jalil dan Datuk Supang Lian.
Sementara itu Rosnazli memaklumkan pihak MPKB-BRI telah mengarahkan peguamcara Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz (Panel Peguam MPKB-BRI) untuk memohon alasan penghakiman penuh berkaitan dengan keputusan kes tersebut sebelum membuat keputusan sama ada untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya.
Vivi Sumanti
Thu Dec 08 2022

Mahkamah walau bagaimanapun memutuskan bahawa Perintah 8 di bawah Perintah yang sama masih sah dan MPKB masih boleh mengenakan kompaun bagi kesalahan berkaitan letak kereta. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

MPKB BRI tangguh tindakan kunci tayar kereta di Kota Bharu serta-merta
MPKB BRI menangguhkan serta-merta tindakan kunci tayar kenderaan yang diparkir dalam petak parkir kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

Notis tutup kedai makan waktu tarawih dikeluarkan di Kota Bharu
MPKB BRI mengedarkan sebahagian notis meminta kerjasama peniaga dan pengusaha restoran menghentikan sementara perniagaan bermula dari jam 8.30 hingga 10 malam.