SHAH ALAM: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memaklumkan beberapa ahli Parlimen mengemukakan notis bagi membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian dalam meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara.
Beliau berkata, selain dirinya Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai), ahli Parlimen lain terlibat ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Fuziah Salleh (PKR-Kuantan), Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang), dan Hannah Yeoh (DAP-Segambut).
“Pemberian notis tersebut dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 15 September lepas.
“Tujuan notis itu diberikan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung isu kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Pada Isnin media melaporkan Ahli Parlimen sedang berusaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan seseorang ibu memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka tanpa mengira di mana bayi terbabit dilahirkan.
Ia boleh dilakukan dengan menambah perkataan 'atau ibunya' pada peruntukan perkara terbabit dalam perlembagaan bagi membolehkan kewarganegaraan diberi melalui kuat kuasa undang-undang.
Pada masa ini dua subfasal di bawah Bahagian II menyatakan, seseorang bayi yang dilahirkan di luar Malaysia 'kepada bapa Malaysia' boleh menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.
Bulan lalu sebuah pertubuhan badan kerajaan (NGO), Family Frontiers, dan enam ibu warga Malaysia memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha mereka supaya ibu warga Malaysia diberikan hak yang sama seperti lelaki rakyat Malaysia untuk memberikan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar negara.
Pada 5 Ogos, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk membatalkan keputusan penting oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2021 bahawa wanita warganegara Malaysia juga boleh memberikan kewarganegaraan kepada anak mereka yang dilahirkan di negara luar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan tidak akan membentangkan pindaan perlembagaan berhubung perkara itu sehingga Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berhubung rayuan tersebut. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 19 2022
![MP kemuka RUU persendirian isu anak lahir di luar negara MP kemuka RUU persendirian isu anak lahir di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663588182_menteri.jpg)
Menurut Fahmi, pemberian notis tersebut dihantar kepada setiausaha Dewan Rakyat pada 15 September lepas. - Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Speaker tolak 17 RUU Persendirian tentang taraf warganegara kanak-kanak lahir di luar Malaysia Speaker tolak 17 RUU Persendirian tentang taraf warganegara kanak-kanak lahir di luar Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662031191_AzalinaOthman.jpg)
Speaker tolak 17 RUU Persendirian tentang taraf warganegara kanak-kanak lahir di luar Malaysia
Ini kerana sebarang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan memerlukan kebenaran Majlis Raja-raja Melayu.
![MP kemuka RUU persendirian isu anak lahir di luar negara MP kemuka RUU persendirian isu anak lahir di luar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663588182_menteri.jpg)
MP kemuka RUU persendirian isu anak lahir di luar negara
Beberapa ahli Parlimen mengemukakan notis bagi membentangkan RUU persendirian dalam meminda Perlembagaan berkaitan isu kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan wanita Malaysia di luar negara.
![500 NGO Islam adakan program jelajah jelas RUU Persendirian 500 NGO Islam adakan program jelajah jelas RUU Persendirian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71466776485_AminuddinYahya.jpg)
500 NGO Islam adakan program jelajah jelas RUU Persendirian
Pengerusi Sekretariat UMMAT Aminuddin Yahya berkata pihaknya kini dalam proses mengenal pasti tempat dan golongan sasaran sebelum memulakan jelajah berkenaan.