Anggota Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran hari ini gagal untuk mendapatkan perisytiharan bahawa pelantikan dua menteri dan tiga timbalan menteri sebelum mereka mengangkat sumpah sebagai senator adalah tidak sah dan batal serta tidak berkuat kuasa.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Kula Segaran bagi kebenaran semakan kehakiman terhadap pelantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan P. Waythamoorthy, Dr Loga Balan Mohan Jaganathan dan Datuk Ahmad Bashah Hanipah sebagai timbalan menteri.
Zaleha dalam keputusannya berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang pelantikan sebagai anggota Dewan Negara sebelum mereka (menteri dan timbalan menteri) mengangkat sumpah sebagai Senator.
"Saya merujuk kepada undang-undang. Pada pandangan saya selepas membaca Perlembagaan Persekutuan, dilantik dan mengangkat sumpah adalah dua perkara berbeza," katanya.
Beliau membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan Kula Segaran dan hujahan bertulis difailkan kedua-dua pihak. Pada 19 Jun, Kula Segaran memfailkan permohonan menamakan dua menteri dan tiga timbalan menteri itu sebagai responden, mendakwa pelantikan mereka bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh mewakili responden manakala pemohon diwakili peguam R. Kengadharan dan A.Sivanesan.
Zaleha juga berkata seorang menteri boleh dilantik tetapi mengikut Klausa 6, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, beliau (menteri) tidak boleh menjalankan tugasnya sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan.
"Sepertimana yang saya katakan, alasan bagi permohonan ini adalah responden-responden belum mengangkat sumpah sebelum pelantikan mereka. Jadi, berdasarkan ini, saya bersetuju dengan responden-responden, bahawa tidak ada kes untuk dipertikaikan dalam permohonan ini," katanya.
Oleh yang demikian, Zaleha menolak permohonan kebenaran itu tanpa mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos.
Kula Segaran dalam permohonannya memohon perintah bagi diisytiharkan kelima-lima responden tidak berhak di sisi undang-undang untuk memegang jawatan menteri dan timbalan menteri mengikut Perkara 43 dan pelantikan mereka pada 15 Mei tahun ini adalah tidak sah dan batal.
Anggota Parlimen itu yang juga naib presiden DAP, memohon semua emolumen, keistimewaan dan manfaat kewangan lain yang diperoleh responden, dikembalikan dalam masa tujuh hari mulai tarikh mahkamah mengeluarkan perintahnya.
Kula Segaran juga memohon mendapatkan relif bahawa semua tindakan yang dilakukan atau atas perintah atau melalui kuasa setiap responden, diisytihar sebagai tidak sah dan batal.
Bagi menyokong afidavitnya, beliau menyatakan bahawa mengikut Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, seseorang menteri mesti dilantik daripada kalangan anggota Dewan Negara atau Dewan Rakyat dan perkara sama terpakai bagi timbalan menteri mengikut Perkara 43A(1).
Sebaliknya, kata beliau, semua responden dilantik tanpa terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai mana-mana anggota dewan itu pada 15 Mei.
"Walaupun responden mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri, mereka bukan anggota Dewan Negara ketika mereka menerima pelantikan pada 15 Mei kerana mereka belum mengangkat sumpah sebagai senator sebelum pelantikan masing-masing," katanya.
Bercakap kepada pemberita, Kengadharan berkata beliau menimbangkan untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan hari ini kerana ia melibatkan isu perlembagaan.
Bernama
Tue Jul 30 2013
![MP Ipoh Barat gagal cabar pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri MP Ipoh Barat gagal cabar pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41369003348_295x200.jpg)
![Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739752092_tbPasarRayaMydin.jpg)
Papan tanda Mydin terbakar, pengunjung cemas
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 8.45 malam ketika pengunjung sedang membeli-belah di dalam pasar raya berkenaan.
![Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738795186_ParlimenBangunanP.jpg)
Pencapaian IPCC, Kepengerusian ASEAN antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir 2024.
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
![300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan 300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616563009_AlfaizalShahulHami.jpg)
300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan
Menurut Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng, sebanyak 50 borang keahlian yang lengkap dari bekas ahli PKR itu diserahkan kepada pihaknya hari ini.
![Gobind, Kula Segaran serah pada PM isu Zakir Naik Gobind, Kula Segaran serah pada PM isu Zakir Naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71565765533_ZakirNaik.jpg)
Gobind, Kula Segaran serah pada PM isu Zakir Naik
Gobind Singh Deo dan Kula Segaran telah menyuarakan kebimbangan mereka mengenai kenyataan kontroversi pendakwah Dr Zakir Naik kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
![MP Ipoh Barat gagal cabar pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri MP Ipoh Barat gagal cabar pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41369003348_295x200.jpg)
MP Ipoh Barat gagal cabar pelantikan Menteri dan Timbalan Menteri
Zaleha dalam keputusannya berkata tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang pelantikan sebagai anggota Dewan Negara.