IPOH: Sebuah motosikal dirakam bergerak melawan arus ketika laporan siaran langsung Facebook Sinar Harian di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara di sini pada Ahad.
Kenderaan tersebut ditunggang seorang lelaki dari arah susur keluar Plaza Tol Ipoh Utara menuju masuk ke lebuh raya berkenaan.
Tindakan itu menyebabkan beberapa kenderaan membunyikan hon menegur perbuatan lelaki tersebut, namun tidak diendahkan.
Bagaimanapun, tidak berlaku kejadian tidak diingini disebabkan tindakan tersebut.
Sebelum ini media melaporkan beberapa kejadian kemalangan maut akibat tindakan individu yang membawa kenderaan melawan arus.
Dalam perkembangan lain, keadaan trafik di PLUS menghala ke selatan menunjukkan pertambahan kenderaan sejak jam 9.30 pagi lagi.
Beberapa lokasi mengalami kesesakan jalan raya akibat pertambahan kenderaan antaranya di Bidor ke Sungkai, Kuala Kangsar ke Kawasan Rehat dan Rawat Kuala Kangsar, Sungkai ke Slim River serta Gopeng ke Tapah.
Kesesakan sejauh sembilan kilometer berlaku pada jam 10.27 pagi berikutan lori rosak di KM320 dari Gopeng ke Tapah, namun insiden berkenaan selesai pada jam 12.24 tengah hari tadi berdasarkan maklumat Twitter @plustrafik. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 02 2023

Motosikal ditunggang seorang lelaki dirakam melawan arus di Lebuh raya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Ipoh Utara, Ipoh pada Ahad. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Video tular JPJ cabut kunci: Penunggang motosikal cuba patah balik, lawan arus
Tindakan itu wajar dilakukan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Motosikal lawan arus dirakam ketika siaran langsung FB
Sebuah motosikal dirakam bergerak melawan arus ketika laporan siaran langsung Facebook di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Kemalangan Ducati: Rakaman CCTV dihantar ke makmal forensik PDRM
Rakaman kamera litar tertutup membabitkan nahas penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati Panigale telah dihantar ke makmal forensik Polis Diraja Malaysia untuk penelitian lanjut.