KEMAMAN:Dua sahabat berusia lingkungan 20-an nyaris maut apabila motosikal yang mereka naiki dihanyutkan air di Jalan Ibok di sini petang tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kemaman Kapten (PA) Mohd Suhaimi Awang @ Muhammad berkata dalam kejadian 3 petang itu, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan namun skuter jenis Yamaha Ego hilang dihanyutkan arus deras.
"Kejadian itu disedari oleh anggota APM Kemaman yang sedang membuat pemantauan banjir di sekitar kawasan Ibok.
"Seorang daripada mereka sempat menyelamatkan diri manakala seorang lagi tersangkut pada sebatang pokok. Anggota APM bergegas menyelamatkan mangsa dengan mengikat tali pada badannya dan masuk ke dalam air deras itu untuk membawa mangsa keluar ke bahu jalan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Tengah hari tadi, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu penjawat awam turut hanyut di Kampung Batu 10 berdekatan susur keluar Plaza Tol Chukai namun berjaya diselamatkan oleh dua beranak yang tinggal berhampiran lokasi kejadian.
Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir di negeri ini telah mencecah seramai 5,900 orang daripada 1,527 keluarga di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 10 malam ini.
Ia melibatkan empat daerah iaitu Kemaman yang terus mencatatkan jumlah paling ramai iaitu 4,962 mangsa diikuti Hulu Terenggganu, Setiu dan Dungun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 19 2020
Kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan namun skuter jenis Yamaha Ego hilang dihanyutkan arus deras.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
Sindiket curi motosikal di Sepang tumpas
Polis berjaya merampas tiga motosikal Yamaha Y15ZR, sebuah Honda EX5 serta dua gugus kunci daripada kedua-dua suspek.
Empat maut selepas dua lori bertembung di Cameroon
Mangsa yang terkorban dan cedera telah dibawa ke hospital berhampiran.
Sejam berpaut pada kayu, pemuda nyaris maut motosikal dihanyut arus deras
Mangsa terpaksa berpaut pada dahan pokok kira-kira sejam sebelum diselamatkan pasukan bomba.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.
JAS Pulau Pinang keluar kompaun RM374,000, kesalahan babit kenderaan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 187 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan bernilai RM374,000 dalam operasi di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga semalam di seluruh negeri berkenaan.
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak