MELAKA: Geran Sepadan Sektor Kebudayaan berjumlah RM25 juta diperuntukkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada tahun ini sebagai inisiatif galakan kepada pemain industri dan pihak berkepentingan di negara ini selepas negara memasuki fasa Peralihan ke Endemik COVID-19.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris berkata geran berkenaan juga diperuntukkan bagi mengaktifkan semula pelbagai program kebudayaan secara lebih proaktif dan permohonan boleh dilakukan menerusi MOTAC dan JKKN negeri.
"Pemberian Geran Sepadan Sektor Kebudayaan telah bermula sejak tahun lepas lagi dan peruntukan yang disediakan juga sama iaitu sebanyak RM25 juta bagi tempoh setahun.
"Pada tahun ini, peruntukan geran berkenaan telah diluluskan dalam Belanjawan Siri Kedua baru-baru ini dan ia boleh dimohon oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka yang terlibat dalam sektor kebudayaan," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.
Beliau berkata setakat ini pihaknya dalam proses pengumpulan permohonan geran tersebut dan mesyuarat jawatankuasa pertama bagi mempertimbangkan permohonan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
Katanya pengagihan peruntukan geran berkenaan pula dijangka akan diagihkan bermula Jun ini dan mereka yang ingin memohon geran itu diminta segera berbuat demikian kerana permohonan yang diterima dijangka banyak seperti tahun lepas.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amran berkata lebih banyak aktiviti dan program kesenian serta kebudayaan berbentuk fizikal akan dilaksanakan secara lebih aktif bermula tahun ini di 11 Kompleks JKKN seluruh negara.
Beliau berkata langkah itu bertujuan menyediakan peluang dan ruang berkarya kepada semua pemain industri daripada setiap peringkat khususnya dalam sektor kebudayaan dan kesenian.
"Seperti mana yang kita sedia maklum pada penghujung 2019, pandemik COVID-19 telah merencatkan segala aktiviti seni budaya di seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali merasai kesannya sehingga menyebabkan kompleks-kompleks seni budaya di bawah JKKN di seluruh negara turut menerima tempias.
"Justeru, langkah ini bertujuan menghidupkan kembali kesedaran untuk menghargai seni budaya secara fizikal serta bersemuka kerana sebelum ini, aktiviti yang dilakukan adalah terhad dan menerusi dalam talian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Lebih banyak aktiviti dan program kesenian serta kebudayaan berbentuk fizikal akan dilaksanakan bermula tahun ini di 11 Kompleks JKKN seluruh negara. - Gambar hiasan/BERNAMA
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, usaha menjamin dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.
#AWANIRingkas 23 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Disember 2024
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
1️⃣ UM ambil tindakan tahan kerja pensyarah
2️⃣ 16 Geng Pacific Siva didakwa jenayah terancang
3️⃣ Polis analisa rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol
#awaniringkas
Penunggang maut dalam nahas babit lima motosikal
Seorang pemuda berusia 22 tahun maut selepas terlibat dalam nahas melibatkan lima motosikal di Kilometer 12.4 Lebuhraya Rakyat Ketereh-Kota Bharu malam tadi.
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Pakej pelancongan Seoul: MOTAC terus pantau, tindakan sewajar akan diambil
Tindakan sewajarnya akan diambil di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dengan semua mangsa digesa membuat laporan polis serta aduan ke MOTAC.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Festival Kraf Persona Tekstil 2024
Bermula 28 November hingga 8 Disember 2024 dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Budaya Sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
MOTAC rancang antarabangsakan Aswara, galak pertukaran pelajar seni dan budaya
MOTAC dan Aswara akan membawa pelajar antarabangsa untuk belajar seni dan budaya di Malaysia.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.