KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) mencadangkan dana pinjaman kepada operator syarikat perkapalan domestik diteruskan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata pembangunan sektor maritim diberikan perhatian, selain penekanan terhadap agenda mesra alam sekitar pada sesi konsultasi Belanjawan 2024 kementerian bersama Kementerian Kewangan.
"Sektor maritim diberikan perhatian dalam konsultasi tersebut dan kita mahu kerajaan mewujudkan satu dana pinjaman di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd kepada syarikat dan operator perkapalan domestik untuk bergerak ke arah pemilikan kapal mesra alam.
"Kapal-kapal tempatan perlu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau untuk mencapai neutral karbon. Untuk bergerak ke arah itu, mereka memerlukan dana untuk melaksanakan pengubahsuaian enjin kapal sedia ada dan ini memerlukan modal pelaburan yang besar," katanya pada sidang media selepas melancarkan Global Shippers Roundtable hari ini.
Sidang meja bulat yang dianjurkan oleh Malaysian National Shippers' Council dan Malaysia Productivity Council itu bertemakan "Navigating the Waves of Unpredictability: Building Shippers' Resilience for the Next Normal".
Loke turut menegaskan pengubahsuaian enjin kapal sedia ada amat penting dan selaras dengan permintaan pasaran dunia yang mahu kapal dan kargo bersifat mesra alam dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia Tan Sri Soh Thian Lai dalam ucapan berkata keperluan untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa telah berubah dengan ketara sejak beberapa tahun ini dan pembeli tidak lagi membuat keputusan mereka hanya pada harga.
"Penggubal dasar, pihak berkepentingan dan pengguna kini mempunyai banyak jangkaan dan lebih memberi tumpuan kepada kepentingan menerima pakai langkah-langkah kemampanan. Di seluruh dunia, syarikat perkapalan perlu melabur dalam membangunkan strategi eksport yang mampan yang menggalakkan dan menerima pakai prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus dalam proses pengeluaran dan rantaian bekalan global mereka.
"Syarikat perkapalan memerlukan pensijilan, standard, pelabelan dan pengesahan global yang berkaitan untuk bersaing pada skala global, terutamanya dalam pasaran bernilai tinggi.
"Untuk berbuat demikian, kita perlu bekerjasama secara bersepadu untuk memastikan dasar perdagangan dapat disesuaikan untuk memenuhi perkembangan ini. Kita juga perlu membangunkan program pembinaan kapasiti untuk merealisasikan potensi kita sepenuhnya dalam persekitaran perdagangan global yang berkembang pesat," katanya.
Dalam Bajet 2023, kerajaan telah menyediakan Insentif Skim Pembiayaan Maritim dan Logistik bernilai RM1 bilion bagi meningkatkan pertumbuhan industri maritim negara yang memerlukan banyak sokongan.
Dana tersebut yang bertujuan mempergiat semula dan memulihkan industri perkapalan, turut diperluas kepada industri sokongan bagi sektor minyak dan gas serta sektor pembinaan dan pembaikan kapal.
Pada November 2020, Bajet 2021 telah melanjutkan Skim Pembangunan Maritim dan Logistik, Skim Pembiayaan Pembangunan Mampan, Skim Infrastruktur Pelancongan dan Dana Pengangkutan Awam sehingga 31 Dis 2023 dengan saiz dana RM3.7 bilion.
Sebelum itu, pada 2019, kerajaan bertindak melancarkan semula Dana Maritim (MF 2.0) bernilai RM1.5 bilion menerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd yang bertujuan menyuntik pemodenan sektor maritim negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 05 2023

Beliau berkata pembangunan sektor maritim diberikan perhatian, selain penekanan terhadap agenda mesra alam sekitar pada sesi konsultasi Belanjawan 2024 kementerian bersama Kementerian Kewangan. - Gambar fail/Astro AWANI
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.

Kerajaan sedang muktamad parameter utama projek HSR
Kerajaan sedang memuktamadkan parameter utama bagi cadangan pelaksanaan projek HSR KL-SG dengan diterajui sektor swasta.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.

MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Perkukuh kesedaran keselamatan jalan raya menerusi kempen berterusan - Hasbi
Kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mematuhi peraturan jalan raya perlu diperkukuhkan melalui pendidikan dan kempen secara berterusan.

MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.

MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.

SPRM tahan lapan suspek tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam
Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.