PETALING JAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengadakan mesyuarat minggu depan bersama ketua setiausaha tiga kementerian berkaitan bagi penubuhan Jawatankuasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Menterinya Chang Lih Kang berkata mesyuarat itu akan membabitkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
"Jawatankuasa khas di peringkat (kementerian) sudah pun melaksanakan beberapa mesyuarat dan minggu depan akan ada mesyuarat bersama KSU (Ketua Setiausaha) daripada beberapa kementerian dan selepas itu akan ditubuhkan jawatankuasa bersama peringkat menteri kementerian terbabit.
"Kami sangat serius kerana saya sudah maklumkan memang ada satu penurunan yang ketara dari segi pelajar menengah atas memilih aliran STEM. Ini kita perlu selesai secepat mungkin," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Selangor dan Malaysia Techlympics 2023 peringkat Zon Tengah di sini semalam.
Pada 20 Ogos lepas, Chang dilaporkan berkata MOSTI akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda terhadap kepentingan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dengan jawatankuasa terbabit akan melibatkan pelbagai pihak termasuk KPM, KPT dan KSM.
Beliau dilaporkan berkata langkah itu diambil berikutan statistik menunjukkan terdapat penurunan minat dalam kalangan pelajar lepasan sekolah yang mengikuti bidang STEM, trend yang membimbangkan kerana Malaysia dalam usaha menuju ke arah negara maju menjelang 2030.
Sementara itu, Chang berkata pertandingan Malaysia Techlympics bertujuan meningkatkan akses kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) STEM khususnya terhadap pelajar luar bandar, guru dan komuniti setempat.
Katanya program tersebut antara usaha bagi memupuk minat generasi muda terhadap STEM melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan dan membudayakan belia dengan minda kritikal.
Penganjuran Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Zon Tengah adalah zon ketiga selepas Zon Utara dan Zon Sabah sebelum diteruskan di peringkat Zon Sarawak, Selatan dan Timur.
Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Selangor pula merupakan karnival keenam selepas Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pulau Pinang dan Sabah yang telah bermula secara berperingkat pada 17 April lepas dan berlangsung hingga bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![MOSTI, KSU tiga kementerian mesyuarat minggu depan bagi penubuhan Jawatankuasa STEM MOSTI, KSU tiga kementerian mesyuarat minggu depan bagi penubuhan Jawatankuasa STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694094965_ChangLihKang.jpg)
Chang berucap ketika merasmikan Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Selangor dan Malaysia Techlympics 2023 peringkat Zon Tengah di Petaling Jaya semalam. - Foto Facebook Chang Lih Kang
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![MOSTI, KSU tiga kementerian mesyuarat minggu depan bagi penubuhan Jawatankuasa STEM MOSTI, KSU tiga kementerian mesyuarat minggu depan bagi penubuhan Jawatankuasa STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694094965_ChangLihKang.jpg)
MOSTI, KSU tiga kementerian mesyuarat minggu depan bagi penubuhan Jawatankuasa STEM
Mesyuarat akan membabitkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.