Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjaya membangunkan standard baharu pengujian asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir (porcine).
Menterinya Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata standard yang dibangunkan Jabatan Standard Malaysia itu dikenali sebagai MS 2627:2017 Pengesanan DNA porcine - kaedah ujian - makanan dan produk makanan.
Beliau berkata standard itu akan memberi keyakinan kepada rakyat terhadap ujian makmal yang dijalankan untuk memastikan produk bebas daripada DNA khinzir dan dapat digunakan tanpa was-was.
"Standard ini dibangunkan untuk menyeragamkan kaedah pengujian DNA khinzir yang sebelum ini menggunakan kaedah analisis, peralatan dan pelaksanaan juruanalisis yang berbeza bagi setiap makmal," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, standard baharu itu dapat membantu agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam menyediakan panduan yang jelas kepada makmal-makmal yang menjalankan analisis DNA.
Makmal terbabit adalah Jabatan Kimia Malaysia, Makmal Kesihatan Awam, Institut Penyelidikan Produk Halal, universiti, makmal swasta dan syarikat pengeluar makanan.
Madius berkata, dengan adanya standard itu, ia dapat mengukuhkan kredibiliti dan kompetensi makmal pengujian yang menjalankan analisis DNA khinzir.
Katanya standard itu dibangunkan ekoran beberapa isu membabitkan produk yang diragui status halalnya termasuk kes coklat Cadbury.
"Keputusan pengujian yang berbeza dalam kes coklat Cadbury telah membangkitkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat terhadap pengeluaran sijil halal," katanya.
Selain standard tersebut, Madius berkata MOSTI turut meluluskan tiga lagi Malaysian Standards (MS) baharu dan enam MS yang disemak semula pada bulan ini.
Menurutnya sehingga kini, terdapat 5,258 MS yang merentasi pelbagai sektor industri yang telah dibangunkan MOSTI melalui Jabatan Standard Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2017
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata standard yang dibangunkan Jabatan Standard Malaysia itu dikenali sebagai MS 2627:2017 Pengesanan DNA porcine - kaedah ujian - makanan dan produk makanan. -Gambar fail
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
MOSTI bangun standard baharu pengujian DNA Khinzir - Madius
MOSTI berjaya membangunkan standard baharu pengujian asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir (porcine).