KUALA LUMPUR: Arahan pelaksanaan moratorium automatik perlu dikeluarkan kerajaan dan disokong Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kadar segera lantaran rakyat makin menderita dan berasa amat tertekan dengan keadaan ekonomi semasa.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, tanpa desakan atau arahan daripada BNM, bank-bank komersial yang berteraskan keuntungan tidak akan melaksanakan moratorium.
"Sekiranya arahan ini tidak datang daripada pihak kerajaan dan tidak disokong oleh pihak berkuasa seperti BNM, maka memang bank komersial yang berasaskan keuntungan ini memang tidak akan buat (moratorium automatik).
"Kita fokus kepada mereka yang mempunyai kuasa dan kemampuan untuk keluarkan arahan, kenapa mereka tak mahu keluarkan arahan?
"Jadi dalam isu ini, ramai yang telah bersuara kepada kerajaan. BNM juga kena dilihat kenapa mereka tidak mahu bagi, atau kenapa susah sangat BNM untuk bagi arahan?
"Saya nak tanya, adakah disebabkan mereka (BNM) benar-benar merasakan bahawa kecukupan modal tidak cukup? Ini kerana data tidak membantu perkara tersebut.
"Adakah bank negara risau bahawa inflasi akan berlaku? Yang mana ia juga tidak disokong oleh data sebab apa-apa kenaikan harga sekarang adalah kejutan bekalan, bukan terlalu banyak permintaan ataupun kewangan yang berada dalam poket rakyat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Shahril berkata, selain tekanan yang dialami individu atau isi rumah, turut berdepan situasi sama adalah perniagaan berisiko yang tidak mempunyai kredit mencukupi untuk meneruskan perniagaan lantaran bank komersil sukar untuk memberi pinjaman.
"Saya fikir, BNM dan kerajaan ada peranan untuk dimainkan atau pastikan seperti Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) atau EXIM Bank juga tampil untuk main peranan yang lebih besar daripada bercakap soal keuntungan.
"Ini untuk pastikan ada kredit yang cukup untuk syarikat-syarikat atau perusahaan yang beroperasi dalam sektor-sektor yang mana bank komersial tidak bagi pinjaman atau susah untuk bagi pinjaman," katanya.
Tegas Shahril, BNM ketika ini berperanan besar dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan kehidupan rakyat terus terbela, dan bukan hanya memastikan keuntungan berbilion ringgit yang diraih bank komersial.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jun 27 2021

Shahril menegaskan, tanpa desakan atau arahan daripada BNM, bank-bank komersial yang berteraskan keuntungan tidak akan melaksanakan moratorium.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.