KUALA LUMPUR: Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September ini yang akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah berlaku di kebanyakan tempat pada tempoh itu.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil yang menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini.
"Sehubungan itu, kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Muhammad Helmi berkata hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah terutamanya pada awal pagi.
Garis badai ialah barisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.
"Dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya pada Julai hingga September.
"Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar, orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini," katanya.
Orang ramai boleh mengakses maklumat cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi hotline MetMalaysia 1-300-22- 1638 bagi pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 09 2023

Semasa Monsun Barat Daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara lebih rendah dan keadaan atmosfera lebih stabil.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

METMalaysia diarahkan perbaiki kekerapan amaran cuaca
Langkah ini bertujuan memastikan kemas kini lebih kerap dikeluarkan semasa tempoh cuaca melampau yang dijangka berlaku.

Monsun Barat Daya: Panggilan kebakaran terbuka di empat negeri meningkat
Jumlah panggilan kes kebakaran terbuka di empat negeri iaitu Perak, Selangor, Johor dan Sarawak mencatatkan peningkatan mendadak melebihi 100 panggilan sehari pada minggu lepas.

Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.

Fasa peralihan monsun bermula Selasa ini - MetMalaysia
Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Selasa ini dan berterusan sehingga November.

Monsun Barat Daya: APM wujud pasukan khas, pantau risiko bencana
Kerajaan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mewujudkan satu pasukan pemantauan secara rondaan di lokasi titik panas yang berisiko mengalami bencana sepanjang tempoh Monsun Barat Daya.

Negara dijangka alami El Nino lemah bermula bulan ini - Nik Nazmi
Negara dijangka mengalami fenomena El Nino lemah bermula bulan ini dan meningkat ke tahap sederhana pada November depan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad

Bersediakah kita hadapi El Nino?
Malaysia kini sudah pun terkena tempias angin Monsun Barat Daya yang terhasil daripada tekanan tinggi dari benua Australia.

KKM laksana persiapan hadapi Monsun Barat Daya, El Nino
KKM telah menggerakkan persiapan rapi di semua fasiliti kesihatan peringkat negeri dan pusat bagi menghadapi kesan Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino.

Monsun Barat Daya dijangka bermula 15 Mei - MetMalaysia
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan yang lebih banyak berbanding bilangan hari hujan.

Fasa Peralihan Monsun dijangka mula 3 Oktober hingga November
Fasa Peralihan Monsun di negara ini dijangka bermula pada 3 Okt hingga November ini.