KOTA BHARU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mendahului senarai 772 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Ke-54 Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, hari ini.
Mohd Amar menerima anugerah Dato' Sri Amar D'Raja pada istiadat penganugerahan yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini, yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman menerima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK) yang membawa gelaran Datuk.
Turut menerima gelaran Datuk ialah Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Aminuddin Hassim yang dikurniakan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK).
Tengku Dr Muhammad Faiz Petra turut berkenan menyampaikan darjah kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) yang membawa gelaran Datuk kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun; Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Datuk Norazman Abd Ghani; Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin@Syed Hussin serta Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Roslan Abu Bakar.
Seramai sembilan penerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) yang membawa gelaran Datuk, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad, Mohd Muazzam Mohamed.
Lima penerima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) pula termasuk Panglima Briged Ke-8 Infantri, Brig Jen Azudin Hassan; Panglima Tentera Darat, Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.
Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK), seramai 15 penerima menerima darjah yang membawa gelaran Datuk itu, antaranya Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd Zamri Abdul Aziz; Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Rosnazli Amin dan Pakar Perunding Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Dr Mohd Sapawi Mohamed.
Penerima tunggal bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (DPJK) yang juga membawa gelaran Datuk ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Aidid Tajuddin. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

Tengku Dr Muhammad Faiz Petra (kiri) dan isteri, Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson (kanan) menyempurnakan Istiadat Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka pada Sabtu. - Gambar SINAR HARIAN
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PRK Nenggiri: Tidak patut halang proses Perlembagaan - Mohd Amar
Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, dalam konteks kawasan Nenggiri, pilihan raya perlu dilakukan kerana kerusi kawasan itu sudah kosong.

Mohd Amar dahului senarai 772 penerima darjah kebesaran, pingat negeri Kelantan
Mohd Amar menerima anugerah Dato' Sri Amar D'Raja pada istiadat penganugerahan yang disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.

DUN Kelantan bersidang sehari pada 13 April - Speaker
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan berlangsung selama sehari pada 13 April ini (Isnin).