KOTA BHARU: Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada penggal ke-15 pada Selasa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu mengangkat sumpah taat setia sebagai Speaker pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan di Kota Darul Naim di sini.
Sementara itu, ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.
Dalam pada itu, Mohd Amar semasa berucap menzahirkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan untuk menggalas tanggungjawab tersebut.
Beliau turut bersumpah dengan setianya akan menunaikan kewajipan dengan sedaya upaya.
"Saya akan setiawan, bertaat setia dengan negeri Kelantan akan menjaga dan mempertahankan negeri kelantan.
"Saya juga akan setiawan dan bertaat setia dengan Sultan Kelantan dan waris-waris gantinya menurut undang-undang,” katanya semasa mengangkat sumpah jawatan Speaker Kelantan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023

Mohd Amar semasa berucap menzahirkan ucapan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan untuk menggalas tanggungjawab tersebut. - Foto Sinar Harian

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Kerajaan negeri Kelantan nafi dakwaan exco lawat New Zealand
Kenyataan yang diviralkan juga tidak benar kerana kerajaan negeri hanya mempunyai 11 exco sahaja bukan 17 seperti yang didakwa.