KUALA LUMPUR:Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara hari ini.
Hanya seorang calon yang dikemukakan bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Halim Abd Samad yang tamat penggal perkhidmatan pada 22 November lalu.
Pencalonan Timbalan Pengerusi UMNO Melaka itu dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama sidang Dewan Negara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14.
Namun, pembentangan usul tersebut diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 5 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.
Selain itu, tiga Senator turut mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dengan dua pelantikan semula dan satu lantikan baharu.
Menurut Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, beberapa perubahan dibuat terhadap takwim persidangan bagi penggal ini.
Dalam satu perutusan daripada Perdana Menteri, tempoh persidangan bertambah dua hari lagi pada 28 dan 29 Disember.
Langkah itu ekoran waktu persidangan disingkatkan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Waktu persidangan Dewan Negara hanya berlangsung dari 10 pagi hingga 2 petang manakala waktu pertanyaan jawab lisan ditetapkan selama satu jam dengan hanya satu soalan tambahan dibenarkan.
Ahli Dewan Negara bakal membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 selama tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin depan diikuti dengan jawapan Menteri pada 22 dan 23 Disember.
Perbahasan bagi rang undang-undang dan urusan kerajaan lain diperuntukkan sebanyak dua hari pada 28 dan 29 Disember.
Nailah Huda
Wed Dec 16 2020
Pencalonan Timbalan Pengerusi UMNO Melaka itu dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pertama sidang Dewan Negara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14. - Bernama
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
PRN Melaka: SOP ketat cabaran calon baharu dekati pengundi - Mohamad Ali
Calon BN DUN Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, mengakui prosedur operasi standard (SOP) merupakan cabaran besar baginya dalam PRN.
Mohamad Ali dilantik Timbalan Speaker Dewan Negara
Timbalan Pengerusi UMNO Melaka itu dicalonkan oleh Perdana Menteri.