Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah kualiti modal insan negara adalah penentu utama kejayaan Malaysia pada masa hadapan.
Baginda bertitah hanya dengan modal insan yang berkualiti, rakyat dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan sumber yang dimiliki.
"Setiap dari rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dan rakyat tidak boleh cuai dan alpa dalam melaksanakannya kepada negara," titah Seri Paduka pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, di Istana Negara, di sini hari ini.
Sultan Muhammad V turut mengingatkan generasi muda sebagai pelapis negara untuk sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.
Seri Paduka bertitah bahawa tidak ada noktah dalam menuntut dan mencari ilmu serta kemahiran yang amat diperlukan negara.
Yang di-Pertuan Agong bertitah, apa jua yang dilakukan kerajaan hari ini akan diwarisi oleh generasi muda sebagai penerus perjuangannya.
Oleh demikian, Seri Paduka mahu semua generasi muda untuk merebut dan memanfaatkan segala peluang yang disediakan kerajaan demi kelangsungan negara.
"Beta berharap rakyat Malaysia terus berpegang teguh kepada nilai akhlak, moral dan etika yang baik.
"Jadilah insan yang mulia, insan yang berilmu dan berpekerti tinggi serta menyedari akan tanggungjawabnya kepada negara," titah Seri Paduka.
Sultan Muhammad V bertitah walaupun negara sedang dilanda kelembapan ekonomi, namun pelbagai langkah khusus yang diambil kerajaan telah berjaya mengatasi tekanan dari luar terhadap ekonomi negara terutamanya dalam menangani penyusutan nilai ringgit.
Titah baginda, pada masa sama rakyat juga perlu menunjukkan sokongan penuh kepada strategi yang dirangka kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara.
"Kita tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kita tidak bersama-sama dalam usaha-usaha meningkatkan ekonomi kita hari ini," titah baginda.
Sultan Muhammad V juga bertitah tahun 2017 membawa makna yang besar kepada baginda kerana selain ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, negara juga akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60.
Justeru, Seri Paduka berharap sambutan kemerdekaan negara akan disambut dengan suasana meriah dan harmoni, selain sambutan itu berdekatan dengan Hari Raya Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam.
"Sebagaimana yang telah terbukti, bahawa rakyat pelbagai kaum yang menganuti pegangan agama yang berbeza serta mengamalkan budaya dan gaya hidup bervariasi mampu hidup dalam keadaan aman harmoni dan saling hormat-menghormati.
"Beta berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur, bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat kerana ini merupakan keunikan dan sumber kekuatan kita selama ini," titah baginda.
Mengakhiri titah baginda, Sultan Muhammad V menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan anggota Kabinet atas sokongan berterusan kepada Seri Paduka untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Beta yakin dengan semangat muafakat dan persefahaman yang padu antara kita, Beta akan dapat menunaikan tanggungjawab Beta dengan lebih berkesan, InsyaAllah.
"Beta juga berharap agar Paduka Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dapat memberi titah, pandangan dan nasihat dalam memastikan Malaysia terus menjunjung kedaulatan Raja Berpelembagaan di tanah bertuah ini," titah Sultan Muhammad V.
Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas ikrar taat setia dan tanda kasih kepada baginda yang telah dilafazkan Perdana Menteri yang mewakili pihak kerajaan, anggota perkhidmatan awam, anggota keselamatan dan seluruh rakyat semasa istiadat pertabalan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2017

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah kualiti modal insan negara adalah penentu utama kejayaan Malaysia pada masa hadapan. -Bernama

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

'Kerjan' Undang Luak Rembau baharu berlangsung penuh istiadat
Istiadat pertabalan atau 'Kerjan' Undang Luak Rembau yang baharu Datuk Sedia Raja Abd Rahim Yassin berlangsung penuh istiadat hari ini.

Wayang pacak dipasang di semua 222 kawasan Parlimen 20 Julai ini, siar Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong - Fahmi
Sebuah 'wayang pacak' akan dipasang di semua 222 kawasan Parlimen pada 20 Julai ini bagi menayangkan siaran secara langsung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Isu tempat duduk Najib: 'Itu istana punya kerja, bukan saya' - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata urusan berkaitan kedudukan tetamu dan jemputan ke istiadat itu dikendalikan pihak Istana Negara.

Tempat duduk Najib pada istiadat pertabalan sudah ditetapkan awal - Mujahid
Najib mendakwa tidak dapat hadir ke istiadat itu setelah pada saat akhir tempat duduknya ditukar ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

Rakyat Thai tidak hiraukan cuaca panas untuk saksi Perarakan Diraja
Walaupun cuaca di Bangkok mencecah 37 darjah Celsius, namun ia tidak melemahkan semangat rakyat Thailand untuk berkumpul sejak awal pagi untuk melihat Raja Vajiralongkorn.

Maaf para pelancong, festival Songkran di Bangkok tahun ini dibatalkan...
Pihak berkuasa Bangkok telah menjalankan kerja-kerja berkaitan istiadat pertabalan di sekitar kawasan Khaosan sempena istiadat pertabalan.

Modal insan penentu kejayaan negara - Agong
Hanya dengan modal insan yang berkualiti, rakyat dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan sumber yang dimiliki.

Sistem raja berperlembagaan jamin kestabilan - Salleh
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong adalah lebih daripada sekadar simbolik dan tidak harus dianggap sebagai ketua negara yang hanya menurut kata.