KUALA LUMPUR: Pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dijangka mengadakan mesyuarat untuk membincangkan standard mandatori bagi kualiti pengalaman Internet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata langkah ini bagi memastikan pada masa akan datang MNO lebih terbuka serta lebih sensitif kepada keperluan, syarat dan permintaan pengguna untuk menyediakan Internet pantas selain sistem yang lebih baik.
"Saya mahu mengadakan libat urus dengan MCMC, apabila saya bercakap dengan rakan sejawat di banyak negara Asean, ramai yang mula beralih daripada idea Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQOS), tetapi sebaliknya melihat Standard Mandatori Kualiti Pengalaman (MSQOE), dan kita tahu pada masa ini ramai yang memberikan perhatian serius.
"Kita membuat bayaran yang mahal, tetapi apabila kita masuk bangunan, tiada 5G. Oleh itu, (dengan) cabaran yang banyak ini, kita perlu bekerjasama untuk menanganinya," katanya ketika berucap pada acara Pameran Percubaan Maxis 5G-Advanced di sini semalam.
Fahmi berkata sebahagian besar daripada MNO ini masih meraih keuntungan, dan pada masa sama kelajuan Internet menjadi semakin pantas dan pakej Internet turut ditawarkan dengan harga bersesuaian.
Sehubungan itu, beliau berpandangan menerima banyak aduan daripada orang ramai yang kurang berpuas hati boleh menjadi antara aspek untuk ditambah baik selepas ini.
"Oleh itu, saya ingin mempelawa semua MNO. Mungkin kita boleh mengadakan perbincangan ini di pavilion Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) untuk mencari penyelesaian. Saya berharap dapat mengadakan perbincangan itu tidak lama lagi," katanya.
Sementara itu Fahmi berkata, beliau telah berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk melihat bagaimana MNO boleh menggunakan bukan sahaja 5G, malah 5G Advanced, terutamanya untuk merealisasikan idea bandar pintar.
"Banyak daripada teknologi baharu ini boleh dilaksanakan dengan cepat. Oleh itu, sekiranya Maxis dan Huawei benar-benar berminat, mungkin saya menyarankan untuk kita bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur dan melaksanakan pembuktian konsep dengan Kuala Lumpur bagi meninjau bagaimana kita boleh menggunakan sebahagian daripada Internet Pelbagai Benda (IoT) pasif untuk bandar pintar," katanya.
Beliau berkata, terdapat tiga kategori kesalinghubungan pada masa ini iaitu di luar, di dalam bangunan dan talian tetap yang menyebabkan wujud cabaran yang berbeza.
"Antara perkara yang dijangka disampaikan kepada pihak berkuasa tempatan adalah, kita mungkin perlu secara proaktif dengan MCMC berhubung dengan mereka terutamanya dalam perancangan bandar supaya bangunan baharu mengambil kira keperluan liputan di dalam bangunan," katanya.
Fahmi berkata 'liputan di dalam bangunan dilihat sebagai sesuatu yang difikirkan kemudian,' dan memandangkan Internet merupakan utiliti asas, terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan mengenainya.
"Insya-Allah, selepas ini saya akan minta MCMC berhubung dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya dapat meneliti cara terbaik untuk memastikan perancangan bandar dapat memasukkan isu liputan di dalam bangunan sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard mereka," katanya.
Sementara itu, Maxis dan Huawei hari ini berjaya melaksanakan percubaan teknologi 5G-Advanced yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.
Pameran Percubaan Maxis 5G-Advanced itu, antara lain melibatkan ujian kelajuan langsung untuk memperlihatkan keupayaan 5G-Advanced bagi mencapai kelajuan tahap ultra-cepat sehingga 8 gigabit per saat.
5G-Advanced, yang juga dikenali sebagai 5.5G, menjanjikan sehingga 10 kali peningkatan kelajuan, peranti yang disambungkan dan kependaman berbanding dengan 5G.
Berikutan acara itu, sesi percubaan 5.5G akan ditonjolkan di pentas global sebagai sebahagian daripada Pavilion Malaysia di MWC 2024 di Barcelona, Sepanyol, pada 26-28 Februari ini.
Maxis adalah antara syarikat utama di Malaysia yang akan mewakili negara di MWC 2024, acara kesalinghubungan terbesar dan paling berpengaruh di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 22 2024
Fahmi merasmikan acara Pameran Percubaan Maxis 5G-Advanced di Kuala Lumpur, 22 Feb 2024. --fotoBERNAMA
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
MCMC, Microsoft bincang pelesenan LinkedIn - Fahmi
Perbincangan sedang berjalan antara MCMC dan Microsoft yang merupakan pemilik Linkedln mengenai pelesenan platform media sosial itu.
Skim harga maksimum sempena Tahun Baharu Cina diumum dalam masa terdekat
Kerajaan dijangka mengumumkan skim harga maksimum bagi perayaan Tahun Baharu Cina dalam masa terdekat.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
Program Kampung Angkat Madani tingkatkan kualiti hidup masyarakat desa
Kementerian Komunikasi menerusi program Kampung Angkat Madani menaik taraf fasiliti di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.