KUALA LUMPUR:Jenayah rasuah bukan perkara yang asing di dunia dan bukan hanya berlaku di Malaysia.

Malah, negara-negara di serata dunia dikesan menggerakkan aliran wang yang besar dipercayai berkaitan dengan rasuah ketika seluruh dunia kini sedang memerangi pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata situasi pandemik telah membuka peluang untuk sesetengah pihak menjalankan kegiatan rasuah yang lazim berlaku ketika krisis.

Tegasnya, perbuatan itu jelas merupakan jenayah yang tidak bermoral yang akan menjejaskan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

Berikut antara perkongsian oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF):

MITOS 1: Rasuah kecil sebabkan impak kecil

Rasuah sebenarnya bukan hanya melibatkan pengubahan wang bernilai jutaan atau berbilion dolar.

Perbuatan seperti membayar 'duit kopi' untuk mendapatkan perkhidmatan awam atau 'balasan' bagi menukar undi dalam pilihan raya juga adalah rasuah, juga jika membawar sejumlah wang kepada penguat kuasa untuk dilepaskan daripada tindakan bagi sesuatu kesalahan.

Semua jenis rasuah kecil itu, jika didarabkan dengan bilangan orang yang melakukannya, akan menjadi perkara yang besar dan impaknya akan kembali pada masyarakat secara keseluruhannya.

MITOS 2: Rasuah hanya berlaku di negara miskin

Ada pihak yang beranggapan jenayah rasuah hanya melibatkan negara miskin dan perkara itu jelas tidak berasas. Menurut WEF, aliran wang tunai yang tinggi berlaku secara meluas khususnya ketika kempen elektoral yang signifikan di Amerika Syarikat. Malah pengaruh orang kenamaan turut menjadi salah satu faktor.


MITOS 3: Tiada apa yang boleh dilakukan berkaitan rasuah

Rasuah sukar dibendung disebabkan beberapa faktor dan isu tersebut perlu diatasi seperti berikut: