KUANTAN: Air Sungai Kechau Tui, Lipis yang bertukar warna hijau menjadi tanda tanya sehingga tular di laman sosial Facebook pada Khamis.
Gambar perubahan warna air itu dimuat naik seorang pengguna media sosial, Man Teybor menerusi kumpulan Facebook Laman Loghat Pahang (LPP) mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
Rata-rata netizen juga terkejut dan ingin mengetahui punca perubahan air sungai itu, malah tidak kurang menganggap kejadian itu penuh misteri.
Ada dalam kalangan mereka mengaitkan dengan kerja-kerja mencuci emas dan penggunaan bahan kimia jenis 'micreury' yang tinggi menyebabkan perubahan air Sungai Kechau Tui.
Mereka juga meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) segera menjalankan siasatan terhadap isu itu.
"Tolong ambil tahu...report (lapor) dan ambil tindakan" tulis seorang pengguna Facebook, Mohamed Johan dalam ruangan komen pada gambar tersebut.
Sementara itu, Pengarah JAS Pahang, Mohd Sani Mat Daud berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan pemantauan di kawasan terbabit telah dilakukan.
"Pada masa ini siasatan giat dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian," jelas beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021
Antara gambar air Sungai Kechau Tui, Lipis bertukar warna hijau yang dikongsi pengguna FB, Man Teybor menerusi kumpulan FB Laman Loghat Pahang (LPP). -Foto FB Man Teybor
Ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana dalam persekitaran cabaran luaran
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan.
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Polis akan sambung reman lelaki bunuh wanita, simpan dalam peti sejuk
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, reman disambung memandangkan tahap kesihatan lelaki berusia 53 tahun itu masih membimbangkan.
Tiada kes baharu, kes terakhir 16 September 2024
Tiada kes baharu mpox dikesan setakat hari ini selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 Septmeber lepas.
[TERKINI] Sarawak laksana penilaian standard pelajar DLP mulai tahun depan
Pelaksanaan DLP di Sarawak melibatkan pelajar tahun 6 dan pelajar tingkatan 3.
Kekalkan dasar lama kepada pemegang lesen jualan buah sawit - Ismail Sabri
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan baharu iaitu pemegang lesen jualan buah sawit yang ingin memperbaharui perlu ada geran tanah akan menyukarkan golongan Orang Asli.
Lelaki cedera mata dalam pergaduhan kini stabil
Lelaki yang mengalami kecederaan dalam pergaduhan dengan seorang warga asing Sabtu lepas, telah selesai menjalani pembedahan mata dan keadaannya stabil.
JKN Perak siasat restoran tular cuci periuk tepi longkang
A Sivanesan berkata, meskipun tiada aduan rasmi diterima, namun pihaknya memandang serius perkara berkenaan kerana melibatkan isu kebersihan dan kesihatan.
Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada pengangkutan lain mulai 2025
Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.
Apple dilapor pertimbang idea hasilkan set televisyen
Penawaran set kaca televisyen penuh mungkin hanya menyasarkan sejumlah kecil pengguna sahaja sekali gus mungkin membuatkan Apple tidak meneruskan idea ini.
Misteri air Sungai Kechau Tui bertukar hijau
Rata-rata netizen juga terkejut dan ingin mengetahui punca perubahan air sungai itu, malah tidak kurang menganggap kejadian itu penuh misteri.