Berdasarkan satu kenyataan media oleh syarikat pengeluar, Suntory Beverage & Food Malaysia, langkah ini diambil bagi menjamin kualiti produk mereka atas sebab-sebab teknikal.
Kesemua produk Ribena kordial pelbagai perisa dan saiz yang ditarik balik adalah yang bertarikh luput Mei hingga Ogos 2018, Februari hingga 8 Mac 2018 dan April hingga Mei 2018.
“Kami ingin memaklumkan bahawa semasa satu pemeriksaan kualiti rutin di kilang pembuatan, kami telah menjumpai satu ralat dalam proses pengilangan kami.
“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah mengambil keputusan secara sukarela menarik balik buat sementara semua perisa dan saiz pek pada tarikh luput tertentu dari semua rakan dagang berkuatkuasa 12 Ogos.
“Di samping itu, kami telah memberhentikan penghantaran semua Ribena Kordial dari kilang pembuatan kami di Shah Alam kepada semua rakan pengedar dan dagang,” kata Pengurus Besar Serantau Malaysia, Hong Kong dan Singapura, Lee Hon Tong.
Kenyataan media
Lee Hon juga menegaskan bahawa keselamatan pengguna adalah keutamaan mereka.
“Di Suntory Beverage&Food Malaysia, kami sentiasa memantau dan menilai semua informasi.
“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.”