Minuman keras dan rokok seludup lebih setengah juta berjaya dirampas dalam satu serbuan di sebuah premis di Kampung Gambaron, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, tiga lelaki berusia 40 hingga 60 tahun disyaki pemilik premis menjual barangan seludup itu bersama dua pekerjanya, turut berjaya diberkas.
Pemilik premis merupakan warga tempatan manakala pekerjanya adalah warga asing Filipina dan Indonesia.
Pegawai Memerintah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 20 Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, bertindak atas maklumat orang awam sepasukan anggota segera dihantar ke lokasi terbabit bagi menjalankan serbuan.
Beliau berkata, sebaik tiba di premis itu, anggota bertugas diketuai Inspektor Mohd Nazrin Shah Zulhakim memperkenalkan diri sebagai polis kepada pemilik premis lalu menjalankan pemeriksaan.
"Dua pekerja kemudiannya ditemui sedang sibuk memunggah rokok dan minuman keras ke dalam lori.
"Pemeriksaan lanjut mendapati barangan berkenaan tidak bercukai dipercayai diseludup.
"Anggota bertugas turut merampas wang tunai sebanyak RM3,491 yang disimpan di kaunter premis berkenaan kerana disyaki hasil jualan barangan seludup," katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.
Beliau berkata, semua suspek diberkas dan barangan iaitu rokok seludup, arak seludup, lori dan wang tunai yang semuanya dianggarkan RM586,768 dirampas.
Tambah beliau, suspek bersama barang rampasan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran dan kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.
Ridzal Abdullah, Radhi Muslim
Sat Mar 07 2020
Antara barangan berupa rokok seludup, arak seludup yang dirampas. - Astro AWANI
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi
Ikuti temubual bersama YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
#AWANIPagi
#AWANIPagi
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Minuman keras dan rokok seludup lebih setengah juta berjaya dirampas
Tiga lelaki berusia 40 hingga 60 tahun disyaki pemilik premis menjual barangan seludup itu bersama dua pekerjanya, turut berjaya diberkas.