PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki dadah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah menolak rayuan N. Raman terhadap sabitan dan hukumannya.
Dalam keputusan mahkamah, Hakim Hadhariah berkata Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mengesahkan sabitan dan hukuman yang dijatuhi terhadap Raman oleh Mahkamah Sesyen.
"Tidak ada kesalahan undang-undang dan fakta yang boleh dirayu untuk membenarkan campur tangan rayuan," katanya.
Raman, 48, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Alor Gajah di Melaka pada 7 Dis 2018 atas tiga pertuduhan memiliki dadah.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kenari Jaya Utama, Taman Kenari Jaya, Durian Tunggal, Melaka pada 2 petang, 30 Mei 2017.
Raman dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi pertuduhan pertama memiliki 102.01 gram kanabis.
Bagi pertuduhan kedua memiliki 1.93 gram metahmphetamine, dia dikenakan hukuman penjara setahun dan bagi pertuduhan ketiga memiliki 1.14 gram heroin dan monoacetylmorphine, dia juga diarah menjalani hukuman penjara setahun.
Mahkamah Sesyen memerintahkan Raman menjalani hukuman penjara itu serentak bermula dari tarikh dia ditangkap pada 30 Mei 2017.
Mahkamah Tinggi Melaka menolak rayuannya pada 11 Jan tahun lepas.
Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman manakala Raman diwakili peguam Datuk Amardas Jethanand dan Yok Jiang Lin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 24 2022
Seorang pemandu lori gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan memiliki dadah. - Gambar hiasan
Pelajar darjah 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Seorang pelajar lelaki tahun enam maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang, Selangor, pada Rabu.
JPS keluarkan notis penamatan amaran banjir 6 jajahan di Kelantan
JPS keluarkan notis penamatan amaran banjir 6 jajahan di Kelantan iaitu Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Tanah Merah.
Jordan buka semula lintasan sempadan dengan Syria
Jordan membuka semula lintasan sempadan Jaber dengan Syria untuk kemasukan trak bermula Rabu, selepas penutupannya awal bulan ini kerana faktor keselamatan.
Turki tamatkan operasi pencarian tahanan di sel penjara Saydnaya
Pasukan penyelamat Turkiye menamatkan pencarian selepas mendapati tiada lagi tahanan yang terperangkap di mana-mana sel tersembunyi di penjara Saydnaya di Syria.
Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.
Pasca perang Syria: Perancis umum mesyuarat mengenai Syria pada Januari
Perancis pada Rabu umum akan menganjurkan satu mesyuarat antarabangsa mengenai Syria pada Januari.
Syria: Pelajar Malaysia dalam keadaan selamat, kerajaan belum berhasrat bawa pulang
Kerajaan belum berhasrat untuk membawa pulang lebih 50 pelajar Malaysia di Syria memandangkan mereka berada dalam keadaan selamat dengan bekalan makanan yang mencukupi di kolej masing-masing.
Gencatan senjata di Gaza adalah kesilapan serius – Israel
Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menyifatkan rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas sebagai satu "kesilapan serius".
Menurut media tempatan, Smotrich turut menyatakan bahawa perjanjian tersebut tidak akan memberi manfaat kepada kepentingan Israel atau membawa pulang tahanan secara menyeluruh.
Menurut media tempatan, Smotrich turut menyatakan bahawa perjanjian tersebut tidak akan memberi manfaat kepada kepentingan Israel atau membawa pulang tahanan secara menyeluruh.
Kekejaman zionis: Pengantara berusaha materai perjanjian gencatan senjata
Amerika Syarikat bersama pengantara Arab berusaha untuk memeterai perjanjian antara Israel dan Hamas bagi menghentikan peperangan 14 bulan di Semenanjung Gaza, pada Rabu.
Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.
Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.