KUALA LUMPUR: Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Pada tahun lepas, acara halal terbesar dunia itu mencatatkan jualan sebanyak RM2.3 bilion.
Pengerusi Matrade Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa keseluruhan jualan boleh mencecah RM3 bilion menjelang tamat pameran selama empat hari itu, yang berakhir hari ini.
"Setakat malam semalam, ia telah melebihi RM2.5 bilion (jualan) dan ia masih dalam kiraan. Tidak mustahil (untuk mencapai RM3 bilion)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Mihas di sini pada Jumaat.
Reezal Merican berkata antara komponen utama Mihas ialah menjadi platform kepada usahawan untuk mengembangkan kedudukan pasaran mereka di luar negara.
Katanya acara pada tahun ini telah menarik 1,900 peserta pameran dari 44 negara berbanding 1,300 peserta pameran dari 33 negara pada 2022.
"Sekiranya berlakunya kelembapan dari segi permintaan dalam perdagangan dunia, industri halal dilihat sebagai antara sektor yang boleh menyumbang kepada peningkatan eksport negara secara keseluruhannya," katanya.
Mihas adalah pasaran yang kukuh untuk pemain antarabangsa dan tempatan bagi merebut peluang selain makanan halal, termasuk farmaseutikal halal, peranti perubatan, kewangan, fesyen, penjagaan diri dan kosmetik, malah pelancongan mesra Muslim.
Pameran pada tahun ini memberi penekanan yang khusus kepada agenda membantu pemain tempatan dan antarabangsa melihat kepada inovasi dan inisiatif mampan untuk menerajui pertumbuhan yang kukuh bagi ekonomi halal.
Mihas tidak terhad kepada rantau ASEAN tetapi turut disokong di peringkat antarabangsa dari segi penyertaan pavilion antarabangsa dari negara-negara di seluruh dunia, daripada suruhanjaya perdagangan hingga pelbagai agensi kerajaan, daripada pemain industri hingga peneraju pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

Reezal berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa keseluruhan jualan boleh mencecah RM3 bilion menjelang tamat pameran selama empat hari itu, yang berakhir hari ini.- Gambar Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

MIHAS: Platform halal premium global catat jualan RM3.11 bilion - Tengku Zafrul
MIHAS 2023 edisi ke-19, yang merupakan pameran halal terbesar di dunia, berjaya mencatat jualan RM3.11 bilion, melebihi sasaran awal RM2.5 bilion sebanyak 24 peratus.

MIHAS 2023 capai sasaran jualan RM2.5 bilion pada hari ketiga - Matrade
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 telah melepasi sasaran jualannya sebanyak RM2.5 bilion pada hari ketiga, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Makanan halal Taiwan diketengahkan pada acara MIHAS 2023
Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mengetengahkan lapan penggiat industri halalnya pada acara tahunan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2023 yang bermula semalam.

MIHAS 2023 tumpu kepada kerjasama strategik bagi tarik penyertaan PMKS - MATRADE
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata edisi ke-19 pameran halal terbesar di dunia itu telah menarik penyertaan sebanyak 34 agensi kerajaan.

MATRADE akan perkenal Platform 'Hab Pengetahuan' pada MIHAS 2023
Platform dinamik itu bertujuan menyediakan perspektif komprehensif mengenai cabaran dan peluang dalam industri halal global.

Malaysia mampu kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal - Tengku Zafrul
Malaysia boleh terus kekal sebagai peneraju produk dan perkhidmatan halal yang memenuhi standard kualiti tertinggi kerana negara mempunyai ekosistem dan strategi yang betul untuk meraih lebih banyak p

MIHAS 2023 sasar jualan RM2.1 bilion
Penyertaan pempamer dari China dalam bilangan yang besar menyumbang kepada peningkatan sasaran jualan MIHAS tahun ini.