Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), dengan sokongan kukuh daripada ahli dan rakan kongsinya, akan dapat memacu sektor teknologi tinggi dan memberi sumbangan yang besar serta impak kepada visi Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata peranan MIGHT sebagai platform kerjasama awam-swasta bagi sektor teknologi tinggi penting dalam TN50, berikutan ia berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara ke-10 terbesar di dunia dari segi nilai eksport teknologi tinggi pada 2014 sebanyak US$63.3 bilion.
"Ini merupakan pencapaian cemerlang oleh sebuah negara kecil seperti Malaysia, terutamanya di bawah ekonomi global semasa yang tidak menentu.
"Berada pada kedudukan ke-11 dalam Teknologi Tinggi global pada 2014 merupakan trend yang baik yang kita perlu kekalkan, melalui usaha agensi kerajaan dan peserta industri," katanya pada sidang media selepas acara MIGHT bertemakan, 'Tribute to Partnership' di sini pada Khamis.
Pada acara itu, dua institusi dan individu diiktiraf atas sumbangan cemerlang mereka kepada industri teknologi tinggi di Malaysia bagi 2016.
Ia adalah Suruhanjaya Tinggi Britain bagi segmen antarabangsa; Free the Seed Sdn Bhd bagi keusahawanannya; dan jurutera, Datuk Ir Hong Lee Pee atas sumbangan individu yang cemerlang.
Nancy berkata MIGHT membuktikan kejayaannya yang berterusan dalam mengadakan platform untuk peserta industri berkongsi pengetahuan mereka bagi terus membangunkan industri tempatan untuk kepentingan negara.
MIGHT kini terdiri daripada ahli-ahli dari pelbagai sektor teknologi tinggi seperti aeroangkasa, kereta api, solar, bioteknologi dan lain-lain, dan peneraju dalam segmen masing-masing, dengan campuran syarikat berkaitan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana, institusi penyelidikan, ahli akademik dan institusi kerajaan.
"Mari kita menuju ke hadapan bersama-sama dan meraih peluang yang banyak yang terdapat di hadapan selain mengekalkan peranan strategik industri dalam menyumbang kepada ekonomi teknologi tinggi negara.
"Saya berdoa 2017 akan membawa Malaysia ke landasan yang lebih baik dalam sektor teknologi tinggi," katanya.
Nancy berkata beliau amat yakin bahawa program platform yang MIGHT baru perkenalkan, seperti perkhidmatan rundingan dan nasihat serta perkhidmatan myForesight, akan dapat membawa kerjasama tersebut ke peringkat lebih tinggi. -- Bernama
Bernama
Thu Jan 19 2017

Nancy berkata, MIGHT, dengan sokongan kukuh daripada ahli dan rakan kongsinya, akan dapat memacu sektor teknologi tinggi kepada visi TN50. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.

Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024 manfaatkan 712 individu
Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024: Tiada Yang Terpinggir berjaya membawa manfaat kepada seramai 712 individu dengan penempatan pekerjaan serta penganjuran temu duga kedua.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

PRU15: Nancy Shukri menang besar di Santubong
Nancy Shukri mendapat majoriti besar iaitu 38,681 dengan jumlah undi yang diperolehi 43,739 atau 84.42 peratus.

Artis buskers kembali 'hidupkan' KL Sentral
Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances diselia MOTAC ini membolehkan artis buskers kembali menjana pendapatan, disamping berhibur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 September 2020.

Tiup roh Rukun Negara, jangan hilang ditelan zaman - Nancy
Roh Rukun Negara perlu terus ditiup dan disemai dalam diri setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda.

GPS sudah bersedia hadapi PRN12, PRU15
Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mahupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih pada suku kedua tahun hadapan.

Manfaatkan promosi dalam talian untuk tarik pelancong selepas COVID-19 reda - Nancy
Ini masanya untuk mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan meneroka sepenuhnya pasaran dalam talian untuk meningkatkan pendapatan.