KUALA LUMPUR: Mara In Fashion (MIF) meneruskan kesinambungan dalam merancakkan kembali industri fesyen tanah air yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dengan mengadakan Mara In Fashion Ready To Wear (MIF RTW) 2021/2022.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, pertunjukan tersebut merupakan pentas peragaan fesyen pertama yang diadakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian di negara ini.
Ujar beliau, ia bersesuaian dengan keadaan norma baru negara yang sedang memasuki fasa endemik COVID-19.
"Program MIF RTF 2021/2022 merupakan kesinambungan inisiatif Mara di bawah program MIF dalam memperkasa dan memperkukuhkan lagi usahawan-usahawan fesyen setelah terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Kita semua tahu ramai yang terkesan akibat COVID-19 ini," katanya dalam ucapan perasmian MIF RTW 2021/2022 di Grand Hyatt Kuala Lumpur, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Azizah berkata, berkonsepkan 'Ready To Wear' dengan tema 'Identiti' itu sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada usahawan dan pereka muda.
Menurutnya, ia bertujuan menunjukkan 'signature style' rekaan pakaian masing-masing dalam usaha untuk menempatkan jenama mereka supaya dikenali dan bersaing dengan jenama lain di pasaran fesyen dalam dan luar negara.
"Apa yang menariknya MIF ini adalah pakej lengkap yang disediakan kepada peserta terpilih merangkumi 4 fasa latihan keusahawanan yang merangkumi semua aspek dalam perniagaan fesyen dan bimbingan secara terus oleh pakar-pakar industri fesyen seperti Faizal Hamid, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen Fakulti Seni Lukis dan Reka Bentuk dari Fakulti Seni Lukis UiTM, Fiziwoo dan lain-lain lagi.
"Bukan itu sahaja, pereka fesyen MIF juga akan ditawarkan dengan kemudahan keusahawanan lain seperti kemudahan pembiayaan dan premis perniagaan," ujarnya.
Dalam pada itu, Azizah berkata, pertunjukan tersebut dimeriahkan dengan penglibatan 20 pereka muda yang bakatnya digilap oleh Mara bagi menyemarakkan industri fesyen tanah air.
"Mereka telah melalui beberapa siri latihan selama enam bulan sejak September 2020 sehingga Februari tahun ini bagi menghasilkan rekaan terbaik yang akan diperagakan pada hari ini.
"Saya harap para pereka di sini menjadikan pentas sebagai satu permulaan untuk memperkenalkan jenama dan produk mereka.
"Apabila jenama dikenali kelak, maka mudah untuk anda membina rangkaian, sekali gus memasarkan ke peringkat antarabangsa," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021
![MIF RTW 2021/2022 rancak kembali industri fesyen tanah air MIF RTW 2021/2022 rancak kembali industri fesyen tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635724123_MIFRTW.jpg)
Azizah bersama pereka fesyen dan penerima anugerah MIF dalam MIF RTW 2021/2022 di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712831684_jakim.jpg)
Dakwa paksa peluk Islam, Jakim seru pengamal media hormati sensitiviti masyarakat tempatan
Pengamal media perlu sentiasa menghormati sensitiviti budaya, agama dan Perlembagaan Persekutuan dalam melaporkan sebarang isu yang melibatkan masyarakat tempatan.
![UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603946219_UITMLOGO.jpg)
UiTM nafi dakwaan paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan
UiTM menafikan dakwaan bahawa universiti itu memaksa mahasiswa bukan Islam menyertai program berkaitan Islam pada Kem Jati Diri dan Kerohanian Siri ke-20 pada 11 Jan lepas.
![Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734562579_pelajarUiTMkemala.jpg)
Pelajar UiTM parah kemalangan di Shah Alam
Mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal itu mengalami kecederaan serius di kepala dan patah kaki.
![Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733743011_tbProfDrMohdSazil.jpg)
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
![Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/71443356694_UITM.jpg)
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
![Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731487480_TBSultanibrahim.jpg)
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
![Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731477453_TBSultanibrahim.jpg)
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
![Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728490880_PenuntutUitmDung.jpg)
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
![UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024 UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726312543_TBSUKIPTI.jpg)
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
![UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725501395_ShahrinSahib.jpg)
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.