KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan 'pelarasan minimum' bagi subsidi RON95 dan menjangkakan pelaksanaannya pada Julai atau Oktober tahun ini selepas kesan rasionalisasi subsidi diesel dinilai.
Pengarah Eksekutifnya, Dr Anthony Dass menjangkakan bahawa pelarasan tidak akan sebesar subsidi diesel baru-baru ini, yang menyaksikan kenaikan ketara dalam harga diesel daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter.
"Kita perlu melihat kesan (rasionalisasi subsidi diesel)...jadi mungkin kita perlu memberikan tempoh penangguhan dari tiga hingga enam bulan.
"Kita perlu melihat analisis kesannya terlebih dahulu dan cara orang ramai menyesuaikan diri. Daripada itu, kerajaan boleh membuat pelarasan (subsidi) seterusnya kepada RON95.
"Saya fikir ia mungkin pada Oktober kerana memberi mereka (kerajaan) ruang yang luas bagi melihat analisis impak,” katanya kepada pemberita di luar Seminar Pelaburan Persekutuan Pekilang-Pekilang
Malaysia (FMM) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Mengenai sumbangan diesel kepada bakul indeks harga pengguna (CPI), Dass menegaskan bahawa kenaikan satu peratus dalam harga diesel hanya memberi kesan sebanyak 0.2 peratus. Justeru, katanya kesan pelarasan itu hampir boleh diabaikan. Sumbangan RON95 kepada bakul CPI adalah kira-kira 5.5 peratus.
Sebelum itu, semasa pembentangan beliau yang bertajuk "Ekonomi Dunia: Cabaran dan Peluang", Dass berkata kebanyakan ketidaktentuan dalaman di Malaysia telah diselesaikan, yang akan menyokong pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan.
"Bahagian penawaran kini menyokong ekonomi yang dicerminkan dari segi pasaran pekerjaan, serta bahagian permintaan yang membabitkan dari segi pendapatan. Kami juga menjangkakan eksport meningkat tahun ini. Malaysia secara konservatif melihat pertumbuhan pada 3.2 hingga 3.5 peratus tetapi kita boleh naik sehingga lima peratus tahun ini.
"Jika anda melihat kepada dasar moneteri, kita tidak menjangkakan sebarang perubahan pada kadar dasar," katanya ketika pembentangan itu, sambil menambah MIER mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 4.7 peratus pada 2024 dan kadar inflasi pada 3.0 peratus tahun ini.
Pada 2025, MIER menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang 4.8 peratus dan kadar inflasi pada 2.9 peratus.
Dass juga mengunjurkan ringgit akan menutup tahun ini pada kadar RM4.65 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan RM4.40 berbanding dolar AS pada 2025, terutamanya dipengaruhi oleh kadar faedah AS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 13 2024
MIER menjangkakan bahawa pelarasan tidak akan sebesar subsidi diesel baru-baru ini, yang menyaksikan kenaikan ketara dalam harga diesel daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter.
Lawatan PM Anwar kukuh perkongsian global Malaysia di sebalik ketidaktentuan geopolitik
Chong berkata usaha Anwar untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia wajar dihargai.
China lanjut pengecualian visa pelancong rakyat Malaysia 30 hari mulai
Rakyat Malaysia yang memasuki China bakal menikmati pengecualian visa pelancong sehingga 30 hari berbanding ketika ini 15 hari.
Empat individu cemas, rumah kedai terbakar di Kajang
Empat individu termasuk dua wanita dan dua lelaki terselamat dalam insiden kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, awal pagi Ahad.
Udit Narayan galak penyanyi bakat baharu Malaysia kekal dedikasi dan kerja keras
Malaysia, pada pandangan Udit, menghargai dunia muzik serta penyanyi-penyanyi berbakat.
Grab Malaysia cipta 10,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu
Grab Malaysia telah membuka 10,000 peluang pekerjaan kepada rakyat, yang dikenali sebagai Rakan Grab, di Terengganu sejak mula beroperasi di negeri pantai timur itu pada 2017.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Ah Ma House gamit nostalgia pengunjung
Diinspirasi daripada rumah nenek Ng, Ah Ma House bukan setakat kedai biasa menjual barangan klasik dan makanan ringan popular era 80-90an.
PM Anwar ke Korea untuk lawatan rasmi
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Menurut info banjir JKM, antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza penghinaan terhadap kemanusiaan - Hamas
Kumpulan pejuang Palestin itu meminta masyarakat antarabangsa untuk mengenakan 'sekatan tegas' ke atas Israel.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi
Kaedah two-tier pricing di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi bagi meminimakan risiko operasi.
Kad pengenalan sebagai mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) kepada Menteri Ekonomi pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Nov ini.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Parlimen: Subsidi bersasar RON95 perlu dibuat, elak ketirisan subsidi - Amir Hamzah
Penyasaran subsidi petrol RON95 perlu dilakukan kerana berlaku ketirisan subsidi melibatkan penggunaan oleh golongan yang tidak sepatutnya.
Subsidi bersasar bagi RON95 antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu dibangkitkan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus Dewan Rakyat bersidang.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Okt ini.