PENYEDIA perkhidmatan menjana gambar berasaskan kecerdasan buatan, kini secara rasminya berkongsi menyatakan mereka akan menyertai arena peranti atau perkakasan, sekali gus membuka kepada mereka yang berminat dalam menyertai pasukan berkenaan.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat berkenaannya dikongsikan, tetapi Midjourney mengatakan mereka sedang membangunkan beberapa perkara di bawah mereka.


Untuk makluman, Midjourney diasaskan oleh David Holz, yang mana sebelum ini turut mengasaskan Leap Motion yang menawarkan perkakasan untuk menjejak gerakan tangan dan jari sebagai input ke komputer.


Pada awal tahun ini, Midjourney dilapor sedang membangunkan penawaran berbentuk “Orb”, yang mungkin memudahkan para pengguna menghasilkan serta menguruskan ruangan 3D secara maya dengan mudah.

Produk pertamanya dijangka diperkenalkan seawal 2025.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut Midjourney berkenaan penawaran perkakasan atau peranti mereka. -Amanz