MICROSOFT Windows 12 merupakan sistem operasi generasi akan datang yang dijangka diperkenalkan oleh gergasi perkomputeran berkenaan seawal tahun hadapan, 2024.
Kini, selari dengannya, beberapa info awal berkenaan perancangan Microsoft untuk sistem operasi berkenaan kini hadir ke arena web.
Melalui WindowsCentral, ia dikatakan Microsoft ingin cuba memodenkan lagi sistem operasi dengan memfokuskan kepada sistem operasi berbentuk modular dan lebih ringan berbanding sedia ada.
Dengan langkah ini, Windows 12 dijangka akan menjadi lebih ringan, mudah untuk memasang kemas kini, sekali gus menjadikan ia lebih selamat berbanding pada hari ini.
Windows 11
Dikenali dengan nama kod “CorePC” secara dalaman di Microsoft, ia dikatakan akan membolehkan sistem operasi disesuaikan berdasarkan keperluan - dan tidak semua fail dipasang pada satu bahagian atau partition. Sebaliknya, pelbagai fail akan dipasang pada bahagian berbeza - menjadikan ia salah satu teras untuk memudahkan kemaskini lebih pantas dan mudah.
Dengan langkah ini juga, Microsoft dijangka akan dapat memposisikan Windows sebagai pesaing Chromebook yang lebih baik.
Disamping itu, dengan fokus Microsoft terhadap kecerdasan buatan, sistem operasi akan datang turut dijangka mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri memfokuskan kecerdasan buatan bersama dengannya. Ini sekaligus akan memudahkan kandungan diimbas dan dioptimasikan untuk penyuntingan, disamping membenarkan pengguna memberikan arahan berbentuk teks untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan Windows 12 yang dijangka diperkenalkan seawal 2024 kelak.
Amanz
Wed Mar 29 2023
Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan Windows 12 yang dijangka diperkenalkan seawal 2024 kelak. - Foto Amanz
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Gangguan IT global: Operasi Pelabuhan Klang tidak terjejas
Lembaga Pelabuhan Klang mengesahkan operasi di Northport (Malaysia) Bhd dan Westports Holdings Bhd tidak terjejas dengan gangguan Microsoft Windows global yang menjejaskan banyak industri.
Microsoft memfokuskan pada AI, sekuriti dan kemas kini pantas pada Windows 12
Windows 12 dijangka akan menjadi lebih ringan, mudah untuk memasang kemas kini, sekali gus menjadikan ia lebih selamat.