Persaraan mengejut Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, yang baru dua hari lepas menyampaikan penghakiman menyelar polis dan kerajaan di atas kematian tahanan A. Kugan, tidak dapat diterima oleh MIC.
Bendahari MIC Datuk Jaspal Singh hari ini berkata beliau berharap persaraan itu tidak ‘dipaksa’ oleh mana-mana pihak.
“Sekiranya keputusan itu diambil oleh hakim itu sendiri, maka kerajaan harus membantahnya.
“Saya harap beliau tidak dipaksa untuk meninggalkan tugasnya,” kata Jaspal dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Jaspal juga ingin siasatan keatas kematian Kugan dibuka semula.
“Penyiasatan ke atas kematian Kugan harus dibuka semula dan pembunuhnya harus didakwa di mahkamah.
“Hakim itu menyatakan bahawa terdapat 45 kecederaan di atas badan Kugan dan ada bukti bahawa lebih daripada seorang terbabit dalam penderaannya. Namun demikian, hanya seorang pegawai polis dituduh di mahkamah dan tertuduh telah dijamin pula.
“Menteri Dalam Negeri harus mengotakan kata-katanya apabila beliau menyatakan kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pesalah,” katanya.
Pada Rabu lepas, Singham mengarahkan pihak defendan membayar RM851,700 kepada N.Indra, ibu kepada mendiang Kugan.
Bayaran itu sebagai ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, kesakitan dan penderitaan.
Beliau juga memerintahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas polis konstabel V Navindran, bekas Ketua Polis Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos.
Singham, yang menyambut hari lahirnya yang ke 65 hari ini, mengemukakan perletakan jawatannya, iaitu setahun lebih awal daripada tempoh persaraan wajib 66 tahun.
Singham, ialah hakim Mahkamah Tinggi yang paling kanan. Beliau berkhidmat sebagai peguam swasta sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 2003.
Beliau pernah berkhidmat di Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan Kuala Lumpur.
T K Letchumy Tamboo
Sat Jun 29 2013
![MIC gesa kerajaan tolak persaraan Hakim Mahkamah Tinggi MIC gesa kerajaan tolak persaraan Hakim Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81372435523_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![MIC gesa kerajaan tolak persaraan Hakim Mahkamah Tinggi MIC gesa kerajaan tolak persaraan Hakim Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81372435523_295x200.jpg)
MIC gesa kerajaan tolak persaraan Hakim Mahkamah Tinggi
Persaraan mengejut Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham tidak boleh diterima oleh MIC.
![Saman Sivil: Keluarga Kugan menang gantirugi RM851,700 Saman Sivil: Keluarga Kugan menang gantirugi RM851,700](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/81372239718_295x200.jpg)
Saman Sivil: Keluarga Kugan menang gantirugi RM851,700
Keluarga A. Kugan yang menyaman kerajaan dan polis kerana beliau mati dalam tahanan, hari ini menang RM851,700 dalam saman sivil.