KUALA LUMPUR: Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) hari ini melancarkan talian bantuan krisis, MIASA_YSD-1-800, yang menghubungkan pemanggil dengan sukarelawan dan individu terlatih dalam kesihatan mental yang dapat memberikan empati dan membantu mereka yang memerlukan.
Presiden MIASA Anita Abu Bakar berkata, inisiatif yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby (YSD) dan disokong oleh Maxis dan Kementerian Kesihatan (KKM) itu adalah usaha untuk memperkukuhkan lagi bantuan dalam komuniti, dengan 100 orang anggota pasukan krisis akan membantu talian tersebut bermula Isnin ini.
"Apa yang unik mengenai sukarelawan pasukan krisis kami adalah mereka dapat menemui orang yang mengalami krisis, dan mereka tidak terbatas hanya berbual di telefon dengan orang tersebut. Kami dapat berusaha lebih jauh dan melakukan lebih banyak perkara untuk orang yang memerlukan.
"Mereka yang ingin mendapatkan pertolongan boleh menghubungi talian bantuan krisis MIASA yang baru dilancarkan ini di 1-800-820066 mulai Isnin minggu depan," katanya dalam satu kenyataan mengenai talian itu yang dilancarkan oleh Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi secara maya hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YSD Dr Yatela Zainal Abidin yakin sumbangan itu dapat membantu mengurangkan keterbatasan sumber semasa, supaya pakar dan sukarelawan dapat memberi tumpuan untuk membantu mereka yang memerlukan.
"YSD menyedari penurunan keadaan kesihatan mental dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa sukar yang belum pernah terjadi sebelum ini dan kami sangat bimbang mengetahui KKM menerima 166,869 panggilan mengenai masalah kesihatan mental antara Januari hingga September 2021, yang hampir empat kali lebih banyak panggilan diterima berbanding kepada tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
"Kami memahami bahawa jumlah orang yang menghubungi MIASA untuk mendapatkan sokongan berganda daripada sebelumnya. Individu ini meminta pertolongan, bimbingan dan teman semasa waktu sukar mereka, yang boleh mengakibatkan insiden malang jika sokongan yang tepat tidak diberikan segera ketika mereka memerlukannya," katanya.
Ras Adiba, Senator mewakili golongan Orang Kurang Upaya (OKU), mengucapkan tahniah kepada Anita dan pasukan MIASA atas inisiatif dan usaha mereka dalam memerangi stigma dan diskriminasi, selain terus meningkatkan dan memperkuatkan perkhidmatan dan sokongan yang diberikan kepada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Inisiatif itu adalah usaha untuk memperkukuh bantuan dalam komuniti, dengan 100 orang anggota pasukan krisis akan membantu talian tersebut. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Perbincangan isu kesihatan mental harus jadi amalan normal, elak stigma negatif
Perbincangan mengenai isu kesihatan mental harus menjadi amalan normal bagi mengelakkan stigma negatif dan salah tanggapan masyarakat terhadap pesakit mental.
Lebih 100,000 dapatkan perkhidmatan sokongan mental MIASA sejak Ogos 2020
Lebih 100,000 individu telah mendapatkan perkhidmatan sokongan mental daripada Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) sejak Ogos 2020 hingga Mac tahun ini.
Sakit mental akibat stres PKP? Jangan pendam, luahkan kepada kawan, keluarga
Stres PKP Sebabkan Sakit Mental, PENTING Luahkan Dengan Kawan, Keluarga Dapat Membantu! - Mingguan Wanita
Penyakit mental: Sedar gejala, dapatkan bantuan seawal mungkin - Sarimah Ibrahim
Sensitiviti masyarakat berkaitan masalah mental perlu dipertingkatkan bagi membolehkan pesakit menyedari dan mendapatkan rawatan seawal yang mungkin.
PKP: Sokongan emosi berdepan ketidaktentuan, ini senarai talian psikososial
Astro AWANI senaraikan talian psikososial secara dalam talian yang diperkenalkan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mereka yang ingin mendapatkan sokongan khidmat psikososial.