KUALA LUMPUR: Lebih 100,000 individu telah mendapatkan perkhidmatan sokongan mental daripada Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) sejak Ogos 2020 hingga Mac tahun ini.
Presiden MIASA Anita Abu Bakar berkata daripada jumlah itu, golongan berumur 25 hingga 40 tahun adalah kelompok yang paling banyak membuat panggilan manakala kanak-kanak berusia lapan tahun pula menjadi pemanggil termuda.
Beliau berkata keadaan ini terjadi kerana ramai individu termasuk kanak-kanak terputus sistem sokongan ketika pandemik COVID-19 ditambah pula dengan tekanan tidak dapat berjumpa dan berinteraksi secara fizikal bersama guru serta rakan sekelas.
"Ini menyebabkan ramai termasuk kanak-kanak tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan sebab apabila di rumah, ibu bapa mereka sibuk. Jadi disebabkan oleh gabungan kesemua faktor itu, ramai yang terjejas kesihatan mental.
"Mujur ada media sosial, jadi mereka menghubungi kami dan dari situ, kami memberikan sesi bantuan dengan keizinan ibu bapa tetapi malangnya, sesetengah mereka sudah dalam keadaan yang teruk... murung, mempunyai kebimbangan melampau dan ada yang berfikiran untuk mengakhiri hidup," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Perlawanan Amal Bola Sepak 'Kick for Mental Health' anjuran MIASA yang disempurnakan oleh Penaung Perikatan Kesihatan Mental Kebangsaan (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini.
Ras Adiba pula menggesa masyarakat agar membuang rasa malu dan segera mendapatkan sokongan sekiranya mengesyaki diri mengalami masalah kesihatan mental.
Beliau berkata bukan menjadi kesalahan jika seseorang mendapatkan bantuan mental kerana tidak semua perkara dalam kehidupan boleh dikawal mengikut kehendak masing-masing.
"Usah malu kerana kita ini lemah, jadi penting untuk kita mendapatkan bantuan. Kita perlu sedar bahawa adalah okey untuk berada dalam keadaan tidak okey, tidak ada orang yang sempurna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Golongan berumur 25 hingga 40 tahun adalah kelompok yang paling banyak membuat panggilan manakala kanak-kanak berusia lapan tahun pula menjadi pemanggil termuda. - Gambar hiasan/ AFP Relax
AWANI Pagi: Wujudkan persekitaran selamat untuk kanak-kanak
Kanak-kanak berhak membesar dalam keadaan sejahtera dan bebas daripada sebarang pendedahan kepada risiko pengabaian atau penderaan. Oleh itu adalah penting untuk semua pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran selamat bagi mereka. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori kontena terbalik, laluan terhalang di KM74 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur
Laluan tersebut masih terhalang akibat kemalangan, pengguna jalan raya dinasihat guna laluan alternatif buat sementara waktu.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.