KUALA LUMPUR: Menggunakan nama tokoh korporat terkenal selain menawarkan dividen tinggi sehingga 3.3 peratus sebulan menyebabkan ramai terperdaya sehingga kerugian lebih RM100 juta selepas menyertai skim penipuan pembelian saham yang ditawarkan oleh sebuah syarikat pelaburan sejak 2021.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata setakat ini pihaknya telah menerima aduan daripada 330 mangsa berkaitan penipuan yang dilakukan syarikat terbabit.
"Syarikat ini mengaburi mata pelabur dengan mendaftarkan syarikat dengan nama berhad, Suruhanjaya Sekuriti selain menggunakan nama tokoh-tokoh korporat yang terkenal dan menawarkan dividen antara 3.1 sehingga 3.3 peratus sebulan. MHO difahamkan syarikat ini telah memperdayakan lebih 700 pelabur," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat laporan polis bersama 100 mangsa terhadap syarikat berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini hari ini.
Hishamuddin yang menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan terhadap syarikat itu berkata aduan juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.
Pesara kerajaan Harun Mohd Yunos, 63, yang melabur dalam syarikat berkenaan selepas mendengar penerangan daripada rakannya yang turut menjadi mangsa, mendakwa telah mengalami kerugian RM500,000.
"Saya dan isteri mula melabur pada Oktober 2021 dan mula menerima dividen pada Januari 2022. Bagaimanapun pada Mei 2022 pembayaran dividen dihentikan kerana syarikat memberitahu mereka mahu membeli kembali saham mereka dan (akan) memulangkan wang pelaburan saya.
"Tetapi sehingga kini wang pelaburan masih belum dikembalikan," katanya.
Guru di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur, Zakirah Yaacob, 31, pula berkata beliau mengambil keputusan untuk melabur dengan syarikat berkenaan kerana ia menampilkan tokoh-tokoh perbankan yang terkenal.
"Saya merupakan seorang yang cerewet dalam perkara seperti ini malah sekolah saya juga selalu dikunjungi polis bagi program-program kesedaran berkaitan scammer... tetapi apabila syarikat ini menampilkan tokoh-tokoh terkenal, saya jadi yakin untuk melabur dan sekarang saya kerugian RM50,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
![MHO gesa siasat syarikat tipu pelabur libatkan kerugian lebih RM100 juta MHO gesa siasat syarikat tipu pelabur libatkan kerugian lebih RM100 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677926474_skimpenipuan.jpg)
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim (tiga, kiri) bersama para ahli MHO dan mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat pada sidang media mengenai kes Penipuan Pembelian Saham di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini. - BERNAMA
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200 Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
![Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739265191_harimaukumbangmati.jpg)
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
![Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
![Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738902590_AzamBaki.jpg)
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
![Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738997966_KhairiKhairudin.jpg)
Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.
![Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737090045_scam.jpg)
Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
![Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730793311_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
![SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725607019_TBSuruhanjayaSekuri.jpg)
SC dedah penipuan guna dokumen pelaburan palsu
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan baharu yang menggunakan Memorandum Maklumat (IM) palsu untuk mendapatkan pelaburan daripada orang ramai.
![Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723015872_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara lelaki rugi lebih RM650,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, pada 26 Jun lepas.
![PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721894252_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
PDRM sahkan banyak pelaburan guna Telegram adalah penipuan
Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat too good to be true.
![SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake' SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
![Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720174466_TBCourtHammer.jpg)
Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda sembunyi RM195,000 milik warga emas
Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen.
![Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan kripto Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan kripto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718961348_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pengurus syarikat petroleum rugi RM3.9 juta diperdaya pelaburan kripto
Pengurus di sebuah syarikat petroleum mengalami kerugian RM3.9 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.
![Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667515665_Petronas.jpg)
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.