Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada keperluan bagi Malaysia membuat permohonan maaf kepada ahli keluarga penumpang MH370 buat masa sekarang.
Menurutnya, beliau tidak melihat sebab untuk mengeluarkan kenyataan maaf berikutan pihak berkuasa masih menyiasat punca kehilangan pesawat berkenaan.
Katanya, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) juga sedang menjalankan inkuiri dalaman selain Kementerian Pengangkutan mengadakan inkuri melibatkan antarabangsa.
Jelas Hishammuddin, hanya selepas siasatan selesai, langkah seterusnya termasuk permohonan maaf akan dipertimbangkan.
Malaysia telah menjadi sasaran kritikan beberapa pihak di dunia berikutan usaha mengesan pesawat MH370 masih di jalan buntu.
Bagaimanapun semalam, Hishammuddin dalam sidang media mengatakan pihaknya tidak akan lakukan apa-apa berbeza meskipun kritikan dilempar terhadap mereka.
Katanya sejarah akan nilai usaha Malaysia sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab serta setiap maklumat yang diperolehi disahkan terlebih dahulu.
Tambahnya usaha yang dilakukan adalah berdasarkan komitmen terhadap maklumat sahih, dan Malaysia telah lakukan yang terbaik, secara adil dan telus dan sejarah akan nilaikannya.
Astro Awani
Sun Mar 30 2014
MITI dalam usaha memastikan semua daerah ada pengecas EV
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri berkata MITI sedang berusaha dengan Kerajaan Selangor dan Johor untuk memastikan setiap daerah ada beberapa pengecas DC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.
Kereta EV dibawah RM100 ribu adalah sekurang-kurangnya CKD - Liew
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong menjelaskan dasar dan hala tuju kerajaan untuk memastikan kereta EV dibawah RM100 ribu sekurang-kurangnya dipasang di Malaysia.
Ini bertujuan memastikan penjualan kereta EV pemasangan tempatan (CKD) menggalakkan pembangunan industri berkenaan.
Ini bertujuan memastikan penjualan kereta EV pemasangan tempatan (CKD) menggalakkan pembangunan industri berkenaan.
1,500 unit pengecas EV jenis DC menjelang 2025
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri berkata MITI telah meningkatkan sasaran pengecas DC dari 1,000 unit ke 1,500 unit menjelang 2025. “sekarang ada 500, kita harap akan sampai 1,500 kerana pengecas jenis DC lebih pantas” Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#AWANIRingkas 27 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 November 2024
1️⃣ Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH jadi tumpuan
2️⃣ Banjir Kelantan makin buruk, 3 negeri lain tiada perubahan
3️⃣ Pilkada serentak selepas pemilu
#awaniringkas
1️⃣ Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH jadi tumpuan
2️⃣ Banjir Kelantan makin buruk, 3 negeri lain tiada perubahan
3️⃣ Pilkada serentak selepas pemilu
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Banjir Kelantan makin buruk, 3 negeri lain tiada perubahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DOSM: Menilai keyakinan perniagaan di Malaysia
Datuk William Ng, Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), membincangkan pemacu utama di sebalik peningkatan keyakinan perniagaan di Malaysia, cabaran yang dihadapi oleh peniaga, dan keberkesanan dasar kerajaan dalam menyokong perniagaan kecil dan sederhana. Saksikan perbincangan ini melalui Google Meet.
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
Abraham bantu AC Milan jinakkan Slovan Bratislava
Tuan rumah terlebih dulu ketinggalan hasil sentuhan bintang Amerika Syarikat, Christian Pulisic minit ke-21.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
MH370: Tiada keperluan bagi Malaysia mohon maaf sekarang, kata Hishammuddin
Kata Hishammuddin, tiada sebab untuk mengeluarkan kenyataan maaf berikutan pihak berkuasa masih menyiasat punca kehilangan pesawat berkenaan.